SATU perjanjian baru akan ditandatangani di sini minggu ini bagi mempersiapkan pekerja dalam industri pengangkutan mengharungi impak gangguan digital dengan lebih baik.
Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong - sebuah pusat pendidikan dan latihan buruh kendalian Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) - akan menandatangani satu perjanjian minggu ini bersama Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF), lapor The Straits Times.