Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC bentuk 2 kumpulan bantu golongan bekerja sendiri

Dua persatuan - bagi bidang penghantaran serta sektor visual, audio dan kandungan kreatif - akan bantu isu pekerjaan yang dihadapi
Dec 12, 2020 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah membentuk dua persatuan bagi pekerja bebas dan golongan bekerja sendiri (freelancer) dalam bidang penghantaran serta sektor visual, audio, dan kandungan kreatif untuk menangani keprihatinan serta isu yang dialami golongan tersebut.



Dua persatuan bagi sektor berbeza itu ialah Persatuan Profesional Visual, Audio, Kandungan Kreatif (Singapura) (VICPA) dan Persatuan Pejuang (Champions) Penghantaran Nasional (NDCA).



Mengumumkan demikian dalam kenyataannya semalam, NTUC berkata kedua-dua VICPA dan NDCA atas sokongan NTUC, akan mewakili dan mengetengahkan kepentingan pekerja bebas dan bekerja sendiri dalam sektor masing- masing, dan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk menangani isu pekerjaan yang dihadapi mereka, meningkatkan sokongan rangka kerja dan meningkatkan prospek pekerjaan mereka.



Ketika menjawab pertanyaan Berita Harian, NTUC berkata mereka mempunyai sasaran untuk merasmikan kedua-dua persatuan itu menjelang tahun depan.



Dalam beberapa bulan lalu, Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE) NTUC telah mendekati golongan pekerja bebas dan bekerja sendiri dalam kedua-dua sektor itu dan mendapati mereka "sedia tampil untuk merasmikan perwakilan mereka bagi kumpulan masing-masing sebagai suara kolektif, untuk menyokong prospek dan perlindungan pekerjaan lebih baik."



Pengarah NTUC, Cik Yeo Wan Ling, berkata bahawa tempoh ini mencabar bagi golongan pekerja bebas dan bekerja sendiri dan ramai perlu mencari cara untuk mempelbagaikan aliran pendapatan mereka, menimba kemahiran baru, mahupun mempertingkat kemahiran supaya kekal relevan dalam pasaran pekerjaan.



NTUC juga telah mendekati FSE menerusi beberapa bantuan, contohnya dana bantuan jangka pendek mereka pada awal tahun ini, Dana Latihan NTUC bagi mereka yang bekerja sendiri dan pentadbiran Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS).



"Untuk menyokong dan mendekati golongan FSE berbeza dengan lebih baik, NTUC telah membentuk dua persatuan ini dan kami berharap lebih ramai FSE akan menyertai kami supaya kami boleh membina satu masyarakat untuk membantu rakan FSE lain memperbaiki mata pencarian mereka," katanya yang juga jurucakap NTUC bagi FSE.



Beliau menambah NTUC akan mengetengahkan keprihatinan mereka kepada pihak berkepentingan yang mempunyai kaitan, menjaga kebajikan mereka dan memastikan pekerjaan bebas boleh menjadi kerjaya yang berdaya maju dan mampan.



Mengenai cabaran yang dihadapi golongan daripada sektor-sektor itu, NTUC berkata ramai profesional visual, audio dan kandungan kreatif mendapati bahawa kekurangan piawaian atau kayu ukur industri telah menyumbang kepada penilaian yang kurang bagi khidmat mereka.



Ini menghambat kemajuan industri tersebut dan jika berterusan, boleh menyebabkan profesional meninggalkan bidang itu.



Bagi mereka yang terlibat dalam sektor penghantaran pula, U FSE NTUC mendapati bahawa penghantar daripada ekosistem e-dagang dan penghantaran makanan mempunyai keprihatinan serupa bagi isu seperti keselamatan dan kestabilan pendapatan.




Laporan lanjut : Alu-alu persatuan pekerja bebas, bekerja sendiri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >