KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan memberikan perhatian kepada latihan pekerja bagi memastikan mereka dapat menangani gangguan di hari muka.
Menegaskan demikian dalam mesej Hari Buruh tahun ini, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Chan Chun Sing, berkata untuk melaksanakan fokus tersebut, NTUC telah membentuk sebuah Majlis Latihan yang baru.