Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC buka semula permohonan bantuan Covid-19, perluas kriteria

Nov 19, 2020 | 06:24 PM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) kini membuka semula permohonan bagi dana yang diperuntukkan untuk menolong anggota yang terjejas dengan pandemik Covid-19 menerusi bantuan wang tunai sehingga $300.



Ia juga memperluas kriteria kelayakan bagi penerima dana ini.



Dana Jagaan (Covid-19) NTUC yang dipertingkat akan menggunakan baki $17 juta daripada $25 juta yang diperuntukkan sebelum ini, jelas NTUC dalam kenyataannya pada Khamis (19 November).



Latihan pertama telah dibuka bagi permohonan dari 25 Mac hingga 30 September lalu dan menyokong sekitar 30,000 anggota kesatuan dengan agihan bantuan sekitar $8 juta.



Seramai 65,000 anggota kesatuan kini dijangka dapat memanfaatkan bantuan sekali ini dengan agihan antara $50 dengan $300.



Antara kriteria yang disemak semula adalah peningkatan had pendapatan bulanan kasar (GPI) bagi pemohon dan membenarkan mereka yang telah menerima pampasan pembuangan kerja melebihi $6,500 untuk memohon juga.



Mereka yang mempunyai tanggungan dalam isi rumah yang sama dan mereka yang memiliki GPI  bulanan tidak melebihi $4,500 dan anggota kesatuan tanpa tanggungan dalam isi rumah yang sama dengan GPI bulanan sehingga $1,600 juga layak memohon bantuan kepada dana ini.



Individu dengan pendapatan dan pekerjaan yang terjejas kerana sebab-sebab yang bersangkut-paut dengan Covid-19 juga boleh memohon.



Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi laman NTUC.



.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >