Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC FairPrice hentikan import strawberi dari Australia

Sep 25, 2018 | 03:33 PM



RANGKAIAN pasar raya NTUC FairPrice telah menghentikan semua import strawberi dari Australia semalam (24 September), berikutan lebih 100 dakwaan kejadian di Australia di mana pelanggan menemui jarum di dalam buah itu.



Satu lagi rangkaian pasar raya di sini, Sheng Siong, telah meminta pembekalnya di sini agar menggunakan pengesan logam untuk memeriksa setiap bekas berisi strawberi.



Sementara itu, Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) berkata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa Australia berkaitan isu tersebut, dan sedang memantau keadaan itu dengan teliti.



Seorang jurucakap AVA berkata: "Pihak berkuasa Australia telah melaksanakan langkah kawalan eksport sementara. Sejak 19 September, pengeksport dikehendaki memberi jaminan bahawa eksport mereka bebas daripada pencemaran logam agar permit eksport disahkan."



Contoh langkah bagi memastikan ini termasuk pengesanan logam dan pemeriksaan X-ray, tambahnya.



FairPrice berkata langkahnya menghentikan import adalah langkah berjaga-jaga memandangkan pihak berkuasa di sini belum mengeluarkan sebarang tindakan menarik balik strawberi dari Australia.



Jurucakap FairPrice menambah penjualan strawberi turun sekitar 10 peratus sejak laporan strawberi yang disabotaj itu timbul.



Namun, beliau menambah FairPrice juga mendapatkan strawberi dari negara lain seperti Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat.



Sabtu lalu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa pasar setempat, Mahota, telah menurunkan semua strawberi daripada raknya selepas sekeping logam dikatakan ditemui dalam sebuah pek strawberi yang dikatakan dibeli dari kedai tersebut.



AVA menasihatkan orang ramai agar memotong strawberi sehingga kecil sebelum dimakan sebagai langkah berjaga-jaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >