Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

NTUC FairPrice lanjutkan skim diskaun Generasi Perintis selama enam bulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NTUC FairPrice lanjutkan skim diskaun Generasi Perintis selama enam bulan

Dec 27, 2018 | 03:12 PM

PELANGGAN dari golongan Generasi Perintis boleh terus memanfaatkan skim diskaun NTUC FairPrice untuk tempoh enam bulan tambahan, selepas rangkaian pasar raya itu mengumumkan lanjutan keempat inisiatif tersebut hari ini. 

FairPrice berkata dalam satu kenyataan bahawa Skim Diskaun Generasi Perintis itu akan diteruskan hingga 30 Jun tahun depan di semua pasar raya di Singapura. 

Langkah tersebut akan menelan belanja lebih $2 juta, menambah kepada diskaun bernilai $16 juta yang telah diberikan FairPrice kepada pelanggan pasar raya itu sejak skim tersebut dilancarkan pada 2014. 

Tahun lalu, skim itu dipertingkatkan untuk membolehkan pelanggan menikmati diskaun tiga peratus pada hari Khamis dan Isnin. 

Menurut FairPrice, ini menambah kepada Skim Diskaun Warga Emas, yang membolehkan pelanggan yang berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan diskaun dua peratus pada hari Selasa. 

Generasi Perintis terdiri daripada warga Singapura yang berusia 65 tahun ke atas pada 2014 yang telah menjadi warga negara sejak 31 Disember 1986. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3