Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC FairPrice tawarkan 15 peratus diskaun beras bantu tangani kebimbangan inflasi

Oct 27, 2022 | 03:43 PM



Pasaraya gergasi NTUC Fairprice akan menawarkan diskaun khas 15 peratus ke atas tiga produk beras yang popular dengan pelanggan.



Diskaun tersebut akan meliputi semua cawangan runcit pasaraya FairPrice, termasuk FairPrice Online, untuk tempoh selama dua minggu, bermula hari ini (27 Oktober) sehingga 9 November akan datang.



Bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelanggan, setiap seorang boleh membeli sehingga empat beg beras semasa tempoh promosi tersebut, kata FairPrice Group dalam satu kenyataannya hari ini.



Ketiga-tiga jenama beras yang mendapat diskaun itu termasuk:



- Songhe AAA Thai Hom Mali Rice (5 kilogram) pada harga $14.35 (Harga biasa $16.90)



- Double FP Thai Hom Mali Premium Quality Fragrant Rice (10 kilogram) pada harga $19.90 (Harga biasa $23.65)



- FairPrice Brown Rice (5 kilogram) pada harga $9.50 (Harga biasa $11.20)



Harga bagi ketiga-tiga produk ini tidak pernah diubah sejak 2020 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FairPrice untuk meredakan kos kehidupan bagi keperluan harian.



Inflasi teras Singapura meningkat 5.3 peratus pada bulan lalu, didorong kebanyakannya oleh kenaikan besar harga makanan, perkhidmatan dan runcit serta barangan lain.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, FairPrice Group, Encik Vipul Chawla:



"Beras merupakan keperluan ruji dan asas bagi kebanyakan isi rumah di Singapura.



"Dengan inflasi yang belum pernah berlaku seperti masa kini ditambah pula dengan gangguan rantaian bekalan, kenaikan kos kehidupan merupakan kebimbangan utama pelanggan.



"Sebagai meredakan kebimbangan ini, FairPrice terus mengukuhkan usaha kami untuk meredakan kos kehidupan.



"Harga beras kami yang berkurangan kini bukan sahaja produk yang popular, tapi juga produk di mana harganya stabil sepanjang dua tahun lalu bagi memastikan kami memberi penjimatan kepada masyarakat.



"Inisiatif terbaru ini menambah nilai kepada usaha awal kami tahun ini untuk mengurangkan harga bagi ruji dan keperluan dan kami harap untuk meringankan sedikit beban keluarga, memperkasa mereka agar dapat meluaskan dolar mereka dengan lebih baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >