Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NTUC First Campus lancar program makanan $350,000 sokong 2,500 keluarga berpendapatan rendah

May 11, 2021 | 04:04 PM

NTUC First Campus (NFC) melancarkan Program Makanan dan Pemakanan berjumlah $350,000 untuk menyokong sekitar 2,500 keluarga berpendapatan rendah tahun ini.

Ini sebahagian usaha NFC membantu keluarga di sini, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik yang sukar ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, NFC berkata program tersebut terlahir hasil sokongan FairPrice Group dan penderma Dana Bright Horizons NFC.

Di bawah program ini, keluarga dan kanak-kanak akan menerima pek makanan yang mengandungi makanan-makanan terpilih seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Produk makanan FairPrice Housebrand yang mempunyai label pilihan lebih sihat, suplemen seperti Vitamin C dan minyak ikan kod serta kad Kopitiam juga akan diberikan.

NFC juga berharap dapat melengkapkan keluarga dengan maklumat berguna mengenai kesihatan dan pemakanan melalui pelbagai cara misalnya, bengkel kesihatan dan pemakanan serta sumber lain.

Program tersebut akan dijalankan dalam beberapa fasa bermula suku kedua tahun ini.

Keluarga yang pendapatan isi rumah bulanan mereka tidak melebihi $4,500 atau pendapatan per kapita bulanan tidak melebihi $1,125, dan anak-anak mereka bersekolah di NFC My First Skool (MFS) layak bagi program ini.

Butiran lanjut akan dikongsi dengan penerima bantuan yang layak kelak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3