Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC First Campus, SUSS perkenal program pertingkat mutu ketua pendidikan penjagaan kanak-kanak

Jun 29, 2020 | 05:51 PM



SEBUAH program pensijilan yang bertujuan meningkatkan mutu ketua pendidikan dan amalan penjagaan kanak-kanak telah diperkenalkan pada Isnin (29 Jun) oleh NTUC First Campus (NFC)  dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).


Program yang dinamakan Kepimpinan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECEL) itu akan memberi penekanan kepada pemerolehan pengetahuan dan aplikasi di tempat kerja yang berterusan.


Lebih 400 ketua penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dijangka meraih manfaat daripada program itu dalam masa lima tahun mendatang.


Program setahun itu akan menyepadukan pembelajaran bilik darjah dengan pembelajaran tempat kerja berstruktur.


Ia akan dibuka kepada karyawan prasekolah yang kini memegang jawatan ketua pasukan.

Program itu akan bemula pada Rabu dengan kumpulan pelajar pertama terdiri daripada kakitangan NFC yang merupakan Timbalan Ketua Pusat.


Mereka akan menyelesaikan empat kursus berasaskan amalan dan mencapai hasil  pembelajaran melalui aplikasi di tempat kerja selama 12 bulan.


Struktur penilaian adalah berdasarkan tugasan dan cara mereka menggunakan apa yang dipelajari di tempat kerja supaya mereka dapat belajar sambil meneruskan tugas mereka. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >