Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC gesa aturan pemerolehan diubah demi pekerja gaji rendah

Jan 06, 2017 | 10:10 AM



PERGERAKAN buruh mahu undang-undang yang mentadbir kontrak pemerintah dikemas kini supaya kontraktor dilayan dengan adil.



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mahu Akta Pemerolehan Pemerintah dipinda untuk menghentikan Pemerintah memberi "kontrak berat sebelah", yang menurutnya adalah "amalan biasa".



Dalam kontrak berat sebelah, penalti kewangan yang dikenakan terhadap kontraktor yang gagal melaksana perjanjian lebih berat daripada kerugian sebenar yang dialami, kata NTUC.



NTUC tidak memberi statistik kontrak tidak adil yang ia temui atau memetik contoh bagaimana kontrak itu tidak adil, tetapi berkata penilaiannya "berdasarkan maklum balas dari lapangan".



Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, berkata langkah terbaru itu meneruskan usaha pergerakan buruh pada tahun-tahun kebelakangan yang bertujuan mengelakkan penyumberan luar perkhidmatan pemerintah menekan gaji pekerja bergaji rendah.



NTUC menarik perhatian bahawa penyumberan luar murah dan tidak bertanggungjawab menjadi punca utama gaji pekerja bergaji rendah seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan tidak berkembang.



Dalam penyumberan luar murah, kontraktor membida rendah untuk memenangi kontrak pemerintah, dan akibatnya, gaji pekerja tertekan.



Kontrak itu juga menghalang kontraktor menaikkan gaji pekerja mereka walaupun Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) mencadangkan kenaikan gaji, kata Encik Zainal.



"Mengubah undang-undang pemerolehan pemerintah akan menetapkan piawaian industri yang sektor swasta akan dipaksa ikut," katanya.



Akta Pemerolehan Pemerintah diluluskan oleh Parlimen pada November 1997 selepas Singapura menerima Perjanjian Pemerolehan Pemerintah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebulan sebelumnya.



Akta itu membuat sistem pemberian kontrak pemerintah Singapura selaras dengan yang diluluskan WTO, dan menyetarakan cara negara anggota WTO menganugerahkan kontrak pemerintah.



Kementerian Kewangan menerima cadangan NTUC itu dan sedang mengkajinya, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (5 Jan).



Jurucakap kementerian itu berkata peraturan pemerintah memastikan penalti kewangan yang dikenakan ke atas kontraktor setimpal dengan kerosakan atau kerugian yang dialami agensi pemerintah yang membeli perkhidmatan atau barangan.



"Kami mengalu-alukan maklum balas mengenai contoh amalan tidak adil dan akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan relevan untuk menanganinya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >