Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

NTUC hulur bantuan kepada pemandu privet tidak terima pakej awal pemerintah

Mar 19, 2020 | 05:30 AM



PEMANDU kereta sewa privet (PHC) yang terjejas akibat kesan koronavirus (Covid-19) dari sudut ekonomi namun tidak layak menerima pakej bantuan pada bulan lalu kini bakal menerima bantuan pemerintah.



Para pemandu boleh mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada satu dana baru yang ditubuhkan Pemerintah Singapura dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan dalam satu catatan di Facebook semalam.



Dalam satu lagi pos secara berasingan, Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) berkata pemandu boleh mendaftar untuk Dana Penjagaan Pemandu (DCF) mulai semalam hingga 17 April.



Pendaftaran yang berjaya menerima bantuan dana itu akan menerima pakej bantuan sebanyak $300 yang akan ditawar hanya sekali sahaja.



"Anda boleh mendaftar untuk DCF jika anda seorang pemandu yang telah mendaftar sebagai PHC sebelum 13 Februari 2020 dan mempunyai lesen vokasional - serta belum menerima Dana Bantuan Khas," berdasarkan pos tersebut.



Ia turut menambah antara penerima yang bakal mendapat bantuan itu ialah mereka yang mempunyai "penyakit kronik kompleks yang memerlukan rawatan secara kerap," mereka yang diberi "cuti kesihatan jangka panjang akibat penyakit atau kecederaan," golongan penjaga kepada mereka yang memerlukan serta golongan penerima bantuan kewangan lain atau mempunyai anggota keluarga yang menerima bantuan serupa, lapor The Straits Times.



Pemandu yang memegang kad biru atau oren Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan sudah mula menghadapi "kesempitan dari segi kewangan untuk membiayai keperluan kehidupan asas" juga bakal menerima pakej bantuan baru itu.



Pemandu boleh mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui: www.ntuc.org.sg/drivercarefund.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >