Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC Income bakal jadi sebuah syarikat

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



NTUC Income (Income) akan beralih daripada sebuah koperatif kepada menjadi sebuah syarikat bagi membolehkan ia bersaing dengan lebih kompetitif dengan penyedia khidmat insurans di dalam dan luar negara di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit.



Ini bermakna ia akan memindahkan perniagaan insurans dan asetnya kepada sebuah syarikat baru diberi nama Income Insurance Ltd.



Proses ini dijangka selesai pada separuh kedua tahun ini bergantung kepada kelulusan pengawalan dan syarat penutupan lain.



Menjelaskan lebih lanjut dalam satu sidang media secara maya semalam, Pengerusi Eksekutif NTUC Income, Encik Andrew Yeo, berkata langkah penswastaan itu tidak akan menjejas para pemegang polisi serta polisi insurans yang ada dari segi perlindungan, manfaat dan terma.



Income, yang ditubuhkan pada 1970 dan merupakan satu-satunya koperatif insurans di Singapura, mempunyai hampir 700,000 pemegang polisi.



Koperatif adalah perniagaan berdasarkan keanggotaan yang beroperasi berdasarkan prinsip bantu diri dan bantuan bersama.



Buat masa ini, hanya kesatuan dagangan dan koperatif lain boleh melabur dalam Income.



Pengerusi NTUC Income, Encik Ronald Ong, berkata langkah penswastaan ini akan membolehkan ia meluaskan perniagaan di dalam dan luar negara dengan lebih cepat dan melabur dalam saluran pertumbuhan di samping keupayaan digital agar dapat bersaing dengan penyedia insurans lain.



Ini di tengah-tengah perubahan sekitaran operasi seperti pasaran domestik semakin matang, persaingan lebih sengit daripada syarikat teknologi dan penyedia insurans untuk memenuhi keperluan pengguna lebih bijak digital.



"Lebih siginfikan, langkah ini akan membolehkan kami lebih responsif terhadap keperluan pelanggan yang berubah-ubah menerusi huraian insurans yang diperlukan oleh gaya hidup digital dan pelanggan."



Baru-baru ini, penyedia insurans itu telah meneroka Indonesia, Malaysia dan Vietnam menerusi kerjasama dengan penyedia insurans, broker dan firma teknologi insurans.



Sementara itu, Encik Teo berkata Income akan terus memenuhi keperluan segmen pelanggan yang kurang diberi perkhidmatan, seperti warga emas, golongan keperluan khas dan pekerja gig.



Ditanya tentang kesan perubahan itu ke atas pemegang polisi, Encik Yeo berkata langkah menjadi syarikat merupakan perubahan dari segi bentuk perundangan Income dan bukan operasi.



"Ia tidak menjejas bagaimana kami beroperasi. Kami terus giat dan mantap dari segi tujuan kami untuk merangsang kesejahteraan kewangan pelanggan.



"Dalam hal ini, kami akan terus berinovasi dari segi produk dan khidmat bagi menampung keperluan unik pelanggan kami...dasar, terma dan syarat serta manfaat yang ditawarkan tidak berubah."



Tambah Encik Yeo, rakan perniagaan dan saluran pengedaran juga dijangka meneruskan peraturan dan syarat kontrak yang sama menyusuli penswastaan ini.



Perubahan itu juga tidak akan menjejas sekitar 1,800 kakitangannya, yang akan dipindahkan ke syarikat baru.



Menurut Income, anggota biasa dan berinstitusi yang memegang saham koperatif akan menerima jumlah saham yang sama di bawah Income Insurance Limited dan saham koperatif mereka akan dibatalkan.



Pemegang saham syarikat baru itu akan mempunyai satu undian bagi sesaham.



Di bawah syarikat baru, tidak akan ada batasan berkanun ke atas dividen dan saham baru tidak akan dihadkan kepada nilai par, $10 sesaham.



NTUC Income mempunyai hampir 16,000 anggota biasa dan berinstitusi yang memegang saham koperatif.




"Ia tidak menjejas bagaimana kami beroperasi. Kami terus giat dan mantap dari segi tujuan kami untuk merangsang kesejahteraan kewangan pelanggan. Dalam hal ini, kami akan terus berinovasi dari segi produk dan khidmat bagi menampung keperluan unik pelanggan kami...dasar, terma dan syarat serta manfaat yang ditawarkan tidak berubah."
- Pengerusi Eksekutif NTUC Income, Encik Andrew Yeo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >