NTUC Income rintis program tele-kesihatan industri insurans
Jun 02, 2016 | 05:30 AM
SYARIKAT insurans swasta, NTUC Income, telah bekerjasama dengan Philips dalam merintis program pertama tele-kesihatan industri insurans.
Dikenali sebagai Orange Care, ia bertujuan menyokong pemulihan dan peningkatan kesihatan secara keseluruhan bagi pemegang polisi IncomeShield yang dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.