Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC jaya kumpul hampir $8 juta bantu ahli kesatuan, kanak-kanak

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR $8 juta berjaya dikumpulkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) tahun ini hasil derma penyokongnya dan orang ramai.



Jumlah tersebut digunakan untuk membantu 35,000 ahli kesatuan dan 15,000 kanak-kanak melalui pelbagai program bantuan yang disediakan NTUC, kata pergerakan pekerja itu dalam kenyataannya semalam.



NTUC berkata bantuan yang diberikan menerusi Dana Jagaan NTUC-U (Dana U care) itu bertujuan membantu ahli kesatuan meringankan beban kewangan mereka, seperti menanggung kos keperluan harian termasuk keperluan anak-anak mereka yang bersekolah, di tengah-tengah pandemik ini.



"Dengan Covid-19 terus memberi kesan kepada perniagaan dan pekerja pada 2021, Dana U Care telah meningkatkan usaha untuk membantu ahli kesatuan sekerja berpendapatan rendah yang mungkin memerlukan bantuan dalam masa yang memerlukan ini," kata NTUC.



Berucap di majlis penghargaan penderma Dana U Care di Pusat Konvensyen Suntec semalam, penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, berkata NTUC telah memanfaatkan peluang baru untuk memastikan dana mencukupi bagi mengekalkan dan menyediakan tahap bantuan yang diperlukan ahli mereka.



"Beberapa usaha ini telah membawa kepada perkongsian baru yang kami harap dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya, membolehkan lebih ramai lagi tampil ke hadapan dan membuat perubahan sebenar dalam kehidupan ahli kesatuan sekerja kami yang berpendapatan rendah," tambah beliau, yang juga pengarah Jabatan NTUC Care and Share.



Tahun ini sahaja, lebih 460 penderma menyumbang kepada dana itu, dengan sumbangan daripada Yayasan Buruh Singapura, dan NTUC Social Enterprises yang terdiri daripada NTUC Income, FairPrice Foundation dan Mercatus Co-operative.



Jumlah keseluruhan yang dikutip adalah sekitar $4.4 juta.



Selain itu, hampir $1 juta turut disumbangkan secara kolektif oleh kesatuan dan persatuan yang bersekutu dengan NTUC yang terus menunjukkan sokongan mereka terhadap usaha ini.



Ini dapat dilakukan melalui model pengumpulan dana baru yang telah diperkenalkan NTUC untuk meluaskan lagi kumpulan penderma.



"Ini dilakukan dengan menjalin kerjasama baru dengan rakan kerjasama baru dan sedia ada Pergerakan Buruh, serta memanfaatkan teknologi dan platform baru untuk mendapatkan derma.



"Hampir $1 juta telah dikumpul melalui inisiatif ini, dengan jangkauan kepada sekitar 350 penderma korporat dan individu baru," tambah NTUC.



Usaha mengumpul dana ini juga telah diperluaskan melalui pelbagai platform digital dan kempen dalam talian.



Ia bertujuan mendekati orang ramai dan menggalak mereka menderma kepada Dana U Care menerusi Giving.sg dan PayNow.



Dalam pada itu, program baucar elektronik Dana NTUC Care diadakan semula tahun ini, dengan $5.5 juta diperuntuk untuk membantu anggota NTUC menampung perbelanjaan harian dan keperluan sekolah anak-anak mereka.



Sekitar 14,000 anggota telah menerima bantuan $100 dan tambahan lagi $100 bagi setiap anak yang bersekolah, kata NTUC.




"Beberapa usaha ini telah membawa kepada perkongsian baru yang kami harap dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya, membolehkan lebih ramai lagi tampil ke hadapan dan membuat perubahan sebenar dalam kehidupan ahli kesatuan sekerja kami yang berpendapatan rendah."
- Encik Zainal Sapari, Penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >