Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA

NTUC, kesatuan sekerja dan syarikat akan bantu pekerja M'sia terjejas

Mar 18, 2020 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), kesatuan sekerja dan syarikat sedang bekerjasama untuk membantu lebih daripada 3,800 pekerja Malaysia yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa hari ini.



Berucap kepada wartawan di NTUC FairPrice Xtra di Hab Sukan semalam, Setiausaha-Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, menjelaskan ia adalah penting untuk memastikan perniagaan di Singapura dapat diteruskan, tidak kira perkhidmatan penting seperti bas atau lain, dan pada masa sama, menjaga kebajikan pekerja.



Dari segi bantuan untuk 1,300 warga Malaysia yang bekerja di FairPrice, Encik Ng berkata mereka akan mendapat tempat tinggal percuma di Singapura, dan elaun.



Berita Harian (BH) difahamkan bahawa tempat tinggal ini termasuk hotel dan hostel.



Dalam pada itu, Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) telah bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali pengangkutan awam untuk memberi lebih 2,500 pekerja yang terjejas tempat tinggal di hotel, dan elaun harian untuk menampung perbelanjaaan tidak dijangka yang perlu ditanggung.



Menyentuh tentang langkah itu, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong, dalam catatan Facebooknya berkata:



"Bagi mereka yang ingin tinggal dan terus bekerja di Singapura ekoran sekatan perjalanan merentasi sempadan, kami memberi jaminan akan menjaga keperluan tempat tinggal mereka."



Selain itu, Encik Yong berkata kesatuan sekerja itu merancang untuk menawarkan makanan pada harga subsidi kepada anggota kesatuan sekerja di kantin NTWU serata Singapura.



Sementara memberi jaminan bahawa kebajikan pekerja Malaysia yang berada di Singapura akan terus terjaga, Encik Ng turut menggesa syarikat agar menghulurkan sokongan kepada pekerja Malaysia terjejas yang tidak boleh bekerja di Singapura dan sebaliknya, terpaksa berada di tanah air mereka sepanjang perintah kawalan pergerakan itu.



"Bagi pekerja yang oleh kerana apa jua sebab, tidak dapat tinggal di Singapura dan terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan, kami berharap syarikat yang mampu, akan memberi mereka cuti tahunan atau mencapai semacam persetujuan bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perkerja... tetapi adalah dasar yang menjejas warga Malaysia dalam mereka sendiri menghadapi Covid-19," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >