NTUC komited pastikan harga barang harian dimampui, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

NTUC komited pastikan harga barang harian dimampui

Jul 15, 2018 | 05:30 AM

KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) komited menggunakan perniagaan sosial bagi menetapkan kayu ukur harga industri bagi memastikan barang keperluan harian dimampui, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.

Satu contoh yang ditukil adalah NTUC Foodfare, yang mengendalikan pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan.

Encik Ng juga berkata cara terbaik menangani kos sara hidup yang semakin meningkat ialah dengan menyediakan pekerjaan baik untuk penduduk, menurut laporan The Straits Times (ST).

Beliau berkata demikian di luar acara pembukaan rasmi Pusat Penjaja Pasir Ris Central semalam, yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean.

Kededua Encik Ng dan Encik Teo adalah Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Pasir Ris-Punggol.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Laporan itu berkata, satu set sarapan di pusat penjaja baru itu berharga sekitar $2, manakala setiap gerai di tiga pusat makanan NTUC Foodfare menawarkan sekurang-kurangnya satu hidangan yang berharga daripada $2.80.

Secawan kopi atau teh pula dijual pada harga serendah 60 sen di sembilan pusat penjajanya. NTUC Foodfare mengendalikan lebih 100 tempat makanan dan minuman di serata Singapura.

Pada 2009, ia memulakan program capaian sosial bagi menawarkan hidangan nasi campur yang murah dan berkhasiat, daripada harga serendah $1.50 bagi pemegang kad ComCare dan $2 bagi anggota konsesi.

Terdapat sebanyak 41 cawangan di bawah program itu yang diberi nama Rice Garden.

Menurut tinjauan Perbelanjaan Keluarga 2012/2013, perbelanjaan bulanan purata keluarga bagi khidmat makanan meningkat lebih tinggi daripada perbelanjaan keluarga keseluruhan, pada 5.2 peratus secara purata.

Pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan adalah sumber makanan yang penting bagi mereka yang kurang mewah - dengan 80 peratus daripada golongan bergaji 20 peratus paling rendah sering makan di tempat-tempat itu.

Jumlah lebih kecil iaitu, 63 peratus daripada golongan bergaji ke-41 hingga 60 peratus, pula melanggani tempat tersebut.

Semalam, NTUC Foodfare juga melancarkan program perintis 'Gift-A-Meal' bagi penduduk Pasir Ris yang memerlukan, tambah laporan ST.

Para pelanggan di Pusat Penjaja Pasir Ris yang dibuka pada Januari boleh menghadiahkan satu set makanan bernilai $3.50 menerusi aplikasi Foodfare atau para penjaja.

Isu kos sara hidup telah menjadi topik hangat semasa sidang Parlimen pada Selasa lalu apabila kededua harga air dan elektrik telah meningkat.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map