Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar program manfaat kebajikan pekerja SME

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 400 rakan syarikat kecil dan sederhana (SME) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan dapat menikmati penjimatan dan manfaat bagi pekerja mereka menerusi satu inisiatif baru yang dilancarkan semalam.



Dipanggil NTUC In Your Workplace, inisiatif oleh NTUC U SME itu akan menyediakan manfaat tambahan bernilai sehingga $2,300 bagi setiap pekerja untuk membolehkan SME menjaga kesihatan dan kesejahteraan tenaga kerja mereka.



SME boleh menggunakan inisiatif itu menikmati penjimatan dan manfaat seperti peti sejuk ditaja dengan snek pantri dari NTUC FairPrice, akaun LHUBGO percuma dengan lebih 75,000 kursus dalam talian, dan percubaan percuma di Pusat Penjagaan Warga Emas NTUC Health bagi kakitangan yang memerlukan bantuan bagi penjagaan waktu rehat.



Ini di samping manfaat yang akan dinikmati pekerja yang mendaftar bagi keanggotaan NTUC.



Inisiatif itu dilancarkan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, semasa satu lawatan ke syarikat Lim Kee Food Manufacturing Pte Ltd (Lim Kee) semalam.



"Sebagai wakil NTUC untuk menyokong SME setempat dan pekerja mereka, NTUC U SME telah membuat banyak kemajuan dalam pendekatan SMEnya dan memperkenalkan inisiatif yang memberi manfaat kepada semua pihak yang akan memberikan rakan SME sokongan tambahan dalam pengambilan dan pengekalan pekerja; dan membantu pekerja SME menikmati prospek kerja lebih baik.



"Saya gembira berkongsi bahawa NTUC U SME telah melepasi matlamat 400 SME mereka dan sedang mengikuti rancangan mereka untuk mencapai 500 SME menjelang hujung 2021," kata Encik Ng.



Rakan SME yang ingin mengambil bahagian dalam inisiatif itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja yang merupakan anggota NTUC.



Mereka juga perlu memenuhi tiga kriteria iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik buat pekerja, memastikan prospek kerja yang baik bagi pekerja, dan menyediakan pekerjaan lebih baik.



Sekitar 10 peratus daripada 400 rakan SME layak bagi inisiatif itu buat masa ini.



NTUC U SME akan bekerjasama dengan lebih banyak SME untuk membantu mereka mencapai tiga kriteria tersebut supaya dapat menyediakan kebajikan, penjimatan dan manfaat lebih baik kepada pekerja mereka.



Syarikat Lim Kee merupakan SME pertama yang menerima manfaat di bawah inisiatif itu, dengan 60 pekerjanya akan dapat menikmati penjimatan dan manfaat bernilai $140,000 secara keseluruhan, termasuk penjimatan keanggotaan NTUC, setiap tahun.



Ini seperti penjimatan bagi barangan runcit harian, latihan peribadi dan sokongan penjagaan keluarga, dan sokongan tambahan daripada penjimatan keanggotaan NTUC, serta manfaat kakitangan yang kerap daripada syarikat.



Pengarah NTUC U SME, Cik Yeo Wan Ling, berkata pihaknya gembira dapat membawa inisiatif itu kepada rakan SME mereka kerana ia akan dapat menyediakan sokongan besar kepada SME dan membantu mewujudkan pekerja yang gembira dan berdaya tahan.



"Sebagai salah satu syarikat pengilang sarapan dan snek setempat yang paling lama di Singapura, Lim Kee telah bekerjasama dengan NTUC U SME untuk mengubah kebajikan kakitangan dan keperluan pemasaran perniagaan mereka demi memenuhi permintaan pasaran.



"Dengan maklum balas positif mereka mengenai inisiatif ini, kami berharap dapat membantu lebih ramai rakan SME dan pekerja mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >