Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC perlu lakukan lebih banyak bagi golongan PME, belia: Chee Meng

May 01, 2023 | 04:00 PM



MENJANGKAUI usaha yang dijalankan sekarang, terdapat keperluan bagi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melakukan “lebih banyak dan lebih baik” untuk segmen pekerja yang kurang mendapat perhatian, termasuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) serta belia.


Ini dapat dilakukan dengan membina usaha semasa untuk meningkatkan gaji dan kebajikan setiap pekerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.


Encik Ng akur bahawa golongan PME dan belia merupakan dua segmen pekerja yang kurang diberi perhatian oleh pergerakan buruh, meskipun mereka mempergiat usaha untuk memperjuangkan nasib pekerja rentan. 


Menggariskan tiga bidang tumpuan utama semasa ucapannya di Rapat Hari Pekerja pada Isnin, Encik Ng menambah pergerakan buruh juga akan meningkatkan jumlah Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC). 


Dalam pada masa yang sama, terdapat keperluan memupuk budaya inovasi dalam NTUC agar pergerakan buruh itu dapat melakukan yang lebih baik untuk pekerja dalam dunia yang semakin pesat berubah. 


Berucap kepada sekitar 1,400 pemimpin pergerakan buruh, pekerja dan rakan kongsi tiga pihak pada perhimpunan yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec Singapore, Encik Ng berkata NTUC akan menyokong usaha bagi mengesahkan sekitar 12,000 kakitangan sumber manusia untuk mematuhi amalan pekerjaan yang adil.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >