Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC sedia dana $31.5j, bantuan psikologi bagi ahli pendapatan rendah

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah memperuntukkan $31.5 juta tahun lalu untuk membantu anggota kesatuan berpendapatan rendah dan mereka yang gajinya dipotong di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Ia juga akan menawarkan khidmat kaunseling kepada kumpulan pekerja ini tidak lama lagi, kata NTUC.



Dalam kenyataannya semalam, NTUC berkata hampir 100 penderma telah menyumbang kepada Dana NTUC-U Care itu, termasuk penderma utama seperti Yayasan Buruh Singapura, Perusahaan Sosial NTUC dan penyokong lama dari sektor privet seperti Singapore Telecommunications Limited.



Sebanyak $25 juta diperuntuk bagi Dana Penjagaan NTUC (Covid-19), yang sehingga 18 Disember lalu telah mengagihkan lebih $16 juta kepada sekitar 33,000 ahli kesatuan.



Dilancarkan pada Mac tahun lalu, dana itu memberikan sehingga $300 kepada ahli kesatuan yang gaji terjejas akibat Covid-19.



Permohonan bagi program itu telah dibuka semula hingga 28 Februari ini dengan kriteria kelayakan dipertingkat supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai anggota.



Mengulas usaha berterusan NTUC membantu pekerja dalam kesusahan, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, berkata Dana NTUC-U Care itu dimulakan pada 2009 untuk membantu ahli kesatuan NTUC yang terjejas dengan kemelesetan ekonomi ketika itu.



"Begitu juga, lebih 10 tahun kemudian, kami berjanji untuk membantu anggota kami melalui cabaran yang dihadapi dek Covid-19. Ini tidak akan mungkin berlaku tanpa sokongan pemerintah, rangkaian gerakan buruh dan penderma terhormat kami, yang terus melakukan kebaikan meskipun situasi ekonomi suram.



"Dengan pertunjukan perpaduan yang kukuh, kami berharap dapat membantu pekerja bangkit lebih kuat dan berdaya tahan dalam menghadapi kesukaran," kata beliau, yang juga Pengarah Jabatan Care and Share NTUC.



NTUC juga melancarkan program Dana Penjagaan NTUC (e-Baucar) tahun lalu yang menyediakan bantuan bagi perbelanjaan keperluan harian dan sekolah anak-anak.



Program bernilai $6 juta itu telah membantu sekitar 22,000 ahli kesatuan yang menerima baucar bernilai sehingga $100, dengan bantuan tambahan $100 bagi setiap anak bersekolah yang layak.



Ini telah memberi manfaat kepada sekitar 26,000 kanak-kanak juga.



Dalam pada itu, NTUC akan bekerjasama dengan pusat psikologi Mind Culture untuk menawarkan khidmat kaunseling kepada benefisiari Dana NTUC-U Care dalam usaha menyediakan sokongan kesihatan mental.



Program itu akan membantu benefisiari mengenal pasti, menguruskan dan mengatasi kesukaran yang dihadapi dengan lebih baik dan muncul lebih kuat daripada krisis yang sedang dialami.



Butiran lanjut akan disediakan di laman www.ntuc.org.sg/Ucare menjelang Mac ini.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berharap skim sokongan yang disediakan itu dapat memberikan sedikit bantuan kewangan kepada lebih 33,000 anggota kesatuan NTUC yang dibantu tahun lalu, dan yang lebih penting, menunjukkan NTUC mengambil berat tentang mereka.



"Semua ini dapat menjadi kenyataan kerana penderma NTUC U Care juga mengambil berat tentang anda! Saya amat berterima kasih atas kemurahan hati mereka, yang telah menyentuh kehidupan ramai individu," katanya di Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >