Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC tawar diskaun mingguan 50 peratus bagi beras, keperluan lain kepada anggota kesatuan mulai 27 April

Apr 26, 2023 | 10:19 PM



PASAR RAYA FairPrice akan menjual dua jenama beras dan beberapa keperluan lain pada separuh harga secara bergilir-gilir setiap minggu, selama sebulan sempena sambutan Hari Pekerja.



Tawaran khas itu akan bermula pada 27 April di semua cawangan pasar raya FairPrice dan juga menerusi stor dalam talian, FairPrice Online.



Ia khusus bagi anggota Kesatuan NTUC dan Link, kata FairPrice Group, yang mengendalikan pasar raya itu, dalam kenyataannya pada Rabu. 



Dilaporkan terdahulu pada 2021, terdapat lebih 1 juta ahli kesatuan NTUC.



Bagi tempoh 27 April - 1 Mei,  beras popular jenama Golden Phoenix Hom Mali Thai yang selalunya dijual pada harga $26.90 seguni 10 kilogram akan dijual pada harga $13.45 dan beras Thailand Golden Royal Dragon White Fragrant Rice seberat 5 kilogram akan dijual pada harga $5.90 berbanding $11.80 sebelum diskaun.



Setiap pelanggan hanya boleh membeli sehingga dua unit setiap produk dan perlu menunjukkan aplikasi FairPrice atau kad Link Rewards mereka untuk menikmati diskaun itu.



Produk yang akan dijual pada separuh harga, pada tarikh lain belum diumumkan.



FairPrice Group (FPG)  berkata potongan harga itu sebahagian usaha membantu anggota kesatuan NTUC dan Link menguruskan kos sara hidup yang meningkat.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FPG, Encik Vipul Chawla berkata:



"Dengan kesan inflasi dirasai oleh isi rumah, membantu pelanggan kami menangani kos sara hidup yang meningkat adalah keutamaan kami."



Dalam pada itu, Kopitiam juga akan mengadakan semula promosi menjual kopi dan teh dengan harga 50 sen kepada anggota kesatuan sempena Hari Pekerja.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng berkata NTUC akan terus berusaha untuk mengurangkan beban kewangan perbelanjaan harian menerusi perusahaan sosial seperti FairPrice Group.



"Tawaran Hari Pekerja ini... dan kopi dan teh 50 sen di Kopitiam bagi ahli kesatuan adalah sebahagian usaha sedia ada untuk membantu warga Singapura menangani kos sara hidup yang semakin meningkat," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >