Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

NTUC terus sedia asas bagi pekerja sektor baru raih manfaat Model Gaji Progresif

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan terus menyediakan asas bagi pekerja dalam sektor baru dan juga pekerjaan untuk meraih manfaat daripada Model Gaji Progresif (PWM) meskipun sedang Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) menyarankan bagi model itu diperluaskan kepada lebih banyak sektor dan Gaji Progresif Pekerjaan akan diperkenalkan.



NTUC, yang menyokong sepenuhnya saranan dibuat kumpulan kerja itu demi mempertingkat gaji dan kesejahteraan pekerja bergaji rendah, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan rakan mereka demi memastikan saranan tersebut dilaksanakan secara berkesan.



Ini selain memastikan pekerja memahami bagaimana saranan itu akan memberikan mereka gaji, laluan kerjaya dan prospek kerja yang lebih baik.



Antara saranan yang dikemukakan kumpulan kerja itu adalah untuk memperluaskan PWM kepada sektor baru termasuk runcit, khidmat makanan dan pengurusan sisa, dan memperkenalkan Gaji Progresif Pekerjaan kepada pentadbir dan pemandu.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam sidang media bagi pelancaran laporan (TWG-LWW) yang membentangkan saranan tersebut, berkata:



"NTUC akan terus memperjuangkan dan menyediakan asas bagi PWM dalam sektor baru dan pekerjaan kerana PWM bukan hanya bagi pekerja bergaji rendah tetapi satu kaedah institusi untuk meningkatkan gaji pekerja seiring dengan pertumbuhan produktiviti dalam semua pekerjaan berbeza."



Sejak 2012, NTUC telah memperjuangkan bagi pekerja bergaji rendah mendapat gaji, kebajikan dan prospek kerja lebih baik menerusi PWM, kata NTUC dalam kenyataannya.



Model itu, yang membantu mempertingkat gaji pekerja bergaji rendah menerusi peningkatan kemahiran dan produktiviti, mula dilaksanakan dalam sektor pembersihan, keselamatan dan landskap dahulu.



Pekerja dalam tiga sektor itu telah menyaksikan pertumbuhan gaji sebenar rata-rata 31 peratus antara 2014 dengan 2019.



Pada awal tahun ini, Encik Ng mengesahkan bahawa usaha meningkatkan gaji pekerja bergaji rendah kekal sebagai keutamaan NTUC dan beliau menyokong agar pelaksanaan PWM dapat dipercepatkan dan diperluaskan.



NTUC berkata pembentukan TWG-LWW pada tahun lalu merupakan iltizam oleh rakan tiga pihak untuk memperluaskan PWM supaya lebih ramai pekerja dapat meraih manfaat pada kadar pelaksanaan lebih pantas.



"TWG-LWW telah bekerja keras untuk mencipta huraian dasar yang pelbagai dalam rangka kerja PWM agar sesuai dengan landskap unik setiap sektor dan pekerjaan.



"Saranan yang dibuat adalah sejajar dengan visi lebih luas NTUC bagi sebuah PWM universal, di mana tiada pekerja ketinggalan di belakang. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan tiga pihak bagi perpaduan mereka dalam bidang ini," kata NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >