Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERWAKILAN BIASA NTUC 2021

NTUC terus usaha gigih ke arah pendigitalan

Penuhi misi jadikan kongres tersebut serta para pemimpinnya relevan kepada majikan dan pekerja
Nov 18, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan berusaha sepenuhnya ke arah pembolehan digital untuk memenuhi misinya menjadikan kongres tersebut serta para pemimpinnya relevan kepada majikan dan pekerja.



Demikian kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam menyampaikan ucapannya sempena



Persidangan Perwakilan Biasa NTUC 2021 (ODC 2021) yang diadakan di Pusat Konvensyen Resorts World semalam.



Berucap kepada lebih 1,000 anggota kesatuan dan rakan kongsi kerjasama tiga pihak dalam acara hibrid itu, Encik Ng berkata, NTUC sedang meningkatkan inovasi digital untuk melakukan lebih banyak lagi bagi anggotanya.



Memberi contoh, beliau berkata struktur dan proses bagi jawatankuasa latihan syarikat (CTC) bekerjasama dengan majikan dan sumber manusia telah diinstitusikan untuk membantu perniagaan berjaya dan pada masa yang sama menjaga pekerja mereka.



"Ini telah mencapai hasil transformasi dan latihan yang nyata bagi rakan kongsi kami," kata Encik Ng.



Beliau turut menekankan kepentingan menggabungkan keinginan pekerja dan majikan untuk mencapai situasi di mana kedua-dua pihak dapat sama-sama meraih manfaat dan kemenangan.



"Apa pun, untuk memastikan kemampanan (sistem 3W) - gaji (wages) lebih baik, kesejahteraan (welfare) lebih baik dan prospek kerja (work prospect) yang lebih baik, saya memerlukan rakan kongsi majikan saya untuk berjaya.



"Dari situ kami fikirkan tentang peta laluan Ops-tech untuk membantu syarikat melalui transformasi," katanya.



Encik Ng akur pandemik Covid-19 telah menjejas transformasi digital NTUC.



Namun, ia tidak mematahkan semangat kesatuan tersebut untuk terus mencapai matlamat transformasi yang telah ditetapkan.



Beliau turut menambah bahawa NTUC telah berjaya mendapatkan seramai lebih 1 juta anggota dan berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran 1.5 juta anggota menjelang 2030.



ODC 2021 dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, sebagai tetamu terhormat.



Turut hadir ialah Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Dr Robert Yap; dan Presiden NTUC, Cik Mary Liew.



Memberi ulasannya, Dr Tan berkata:



"Sedang ekonomi kita membentuk semula dan pulih daripada Covid-19, tenaga kerja kita perlu membangunkan kemahiran yang betul untuk memenuhi keperluan industri dan perniagaan yang berubah-ubah.



"Ini memerlukan usaha tiga pihak untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja kita."



Berpandukan tema 'Cita-cita. Berani. Buat. - Bertindak Sekarang untuk Mentransformasi Gerakan Pekerja Kami' bagi ODC 2021, wakil kesatuan daripada kesatuan sekerja dan persatuan gabungan NTUC menyemak kemajuan yang dicapai untuk membantu anggota dan pekerja sejak Persidangan Perwakilan Kebangsaan NTUC 2019 (NDC 2019).



Mereka turut membincangkan dan menentukan perkara yang patut dilakukan menjelang NDC seterusnya yang dijangka berlangsung pada 2023.




PENTING TINGKAT KEMAHIRAN PEKERJA DEMI MASA DEPAN



"Sedang ekonomi kita disusun semula dan pulih daripada Covid-19, tenaga kerja kita perlu membangunkan kemahiran yang sesuai untuk memenuhi keperluan industri dan perniagaan yang berubah. Ini memerlukan usaha kerjasama tiga pihak untuk mempertingkat kemahiran pekerja kita.



Saya gembira dengan usaha NTUC untuk menyokong transformasi tenaga kerja dan perniagaan menerusi aplikasi baru ini.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) juga akan terus membantu pekerja kita memenuhi aspirasi kerjaya mereka, mendapatkan pekerjaan bermutu, dan membina masa depan lebih baik."



- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, mengenai kepentingan peningkatan kemahiran pekerja demi memenuhi cabaran masa depan.



NTUC TETAP SOKONG PEKERJA DALAM LATIHAN SEMULA



"Saya telah bercakap dengan kedua-dua Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan Menteri Tenaga Manusia dan mereka bersedia memberi komitmen untuk menghulurkan sokongan kuat bagi LXP sebagai satu alat penting yang akan membantu pekerja dan syarikat berjaya dalam latihan.



Hari ini, pelancaran LXP menandakan komitmen NTUC sebagai pendaya latihan, untuk menyokong pekerja bukan hanya dalam pekerjaan semasa, namun juga dalam daya kerja mereka pada masa akan datang; dan untuk membantu syarikat dalam inovasi, produktiviti dan perkembangan mereka."



- Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, mengenai usaha NTUC untuk terus menyokong pekerja, terutamanya dalam latihan semula semasa waktu mencabar ini.



BANTUAN UNTUK SEMUA PEKERJA TERMASUK YANG BERGAJI RENDAH



"LXP dilancarkan untuk menjadikan pembelajaran boleh dimampui, dan oleh itu, dapat diakses semua pekerja. Kami dapat mengekalkan harga langganan yang rendah dengan bantuan pembiayaan disediakan Program Bantuan Latihan Kesatuan (UTAP), dan membolehkan pekerja menuntut kos melalui Kredit SkillsFuture.



Sedang tempat kerja berubah dengan pendigitalan pesat, masa depan pembelajaran juga berubah.



Demi membantu pekerja daripada semua latar belakang mengikuti transformasi ini, kami terus bekerjasama dengan syarikat untuk memastikan pekerja dilengkapi dengan kemahiran yang sesuai untuk menyesuaikan diri dan berkembang maju."



- Pengarah, Divisyen Operasi dan Mobilisasi, NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman, mengenai bantuan untuk semua pekerja, termasuk yang bergaji rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >