SEDANG orang lain menghitung saat ketibaan tahun baru malam kelmarin, Cik Nur Asilah Ali dan suaminya, Encik Iswardy Ithnain, cemas menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Tepat 43 saat selepas 2014 menjelma Cik Nur Asilah, seorang jururawat berusia 25 tahun, selamat melahirkan bayi seberat 3.08 kilogram di Hospital Besar Singapura (SGH).