KES HUKUMAN ‘RINGAN’ KE ATAS PESALAH RAKAM SISWA WANITA SEMASA MANDI
NUS akan bentuk panel semak rangka kerja disiplin
Apr 22, 2019 | 05:30 AM
UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) akan membentuk jawatankuasa untuk menyemak rangka kerja disiplin dan sokongan selepas seorang mahasiswa mendakwa ia tidak bertindak dengan wajar semasa menghukum seorang pelajar yang telah merakamnya semasa sedang mandi.
Jawatankuasa tersebut, yang juga akan dianggotai Lembaga Pemegang Amanah NUS, akan mengkaji pendekatan yang diambil oleh institusi antarabangsa lain dan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak berkepentingan, menurut dekan pelajar NUS, Profesor Madya Peter Pang dalam satu kenyataan kelmarin.