Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS buat laporan polis tentang firma tempatan atas kelakuan tidak wajar

Jul 23, 2018 | 11:12 AM



SEBUAH firma teknologi tempatan telah dilarang mengakses portal program latihan (internship) Universiti Nasional Singapura (NUS) berikutan aduan oleh empat siswi.



NUS telah membuat laporan polis setelah menerima aduan tentang kelakuan tidak wajar oleh pengarah syarikat tersebut semasa temubual bagi program latihan salah seorang siswinya.



Menurut laporan akhbar The New Paper, temubual itu diadakan Mac lalu melalui panggilan video Skype satu-hala, di mana pengarah syarikat tersebut boleh melihat siswi itu, tetapi tidak pula sebaliknya.



Difahamkan pengarah tersebut, yang dikatakan sudah berumahtangga, menawarkan siswi itu dua kali ganda elaun program latihan jika beliau menemaninya ke satu perjalanan perniagaan dengan syarat pihak sekolah tidak diberitahu.



Apabila siswi tersebut memberitahu pihak sekolah, mereka terkejut lalu membuat laporan polis.



Seorang jurucakap NUS berkata mereka turut berkongsi dengan pihak polis mesej yang mengandungi tuduhan bersifat seksual yang melibatkan seorang lagi siswi yang pernah mengikuti pengarah tersebut ke perjalanan perniagaan sebelum itu.



Jurucakap itu menambah bahawa syarikat tersebut telah dikeluarkan dari portal pekerjaan utama NUS.



Namun, syarikat itu masih mencari pelatih (interns) dari institusi lain seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Maktab Seni Laselle di bawah nama anak syarikat lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >