Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS, Cisco tubuh makmal bantu firma manfaat teknologi

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



SATU makmal korporat telah ditubuhkan untuk membantu syarikat yang berpangkalan di Singapura memanfaatkan teknologi bagi menjalani transformasi dan pendigitalan.



Dengan pelaburan $54 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, Makmal Korporat Ekonomi Digital Dipercepat (Corp Lab) itu dilancarkan syarikat teknologi Cisco dan Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.



Makmal itu disokong Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) Singapura.



Majlis pelancaran makmal itu dihadiri Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang berkata Corp Lab akan menyokong transformasi dan pendigitalan industri.



Cisco dan NUS akan membangunkan bersama 17 huraian teknologi baru dan 12 produk yang dipertingkatkan dalam perkhidmatan seperti kecerdasan buatan (AI), penjagaan kesihatan, rantai bekalan dan keselamatan siber.



"Teknologi canggih ini boleh diakses oleh syarikat yang ingin mengubah perniagaan mereka secara digital, dan bersaing dengan lebih berkesan.



"Ini selaras dengan matlamat Pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan yang bernilai $25 bilion," ujar Encik Gan.



Singapura berfungsi sebagai pangkalan bagi syarikat seperti Cisco untuk mengembangkan inovasi dan keupayaan penyelidikan dan pengembangan (R&D).



Sepanjang 26 tahun yang lalu, Cisco telah membangun ibu pejabat Asia Pasifik, Jepun dan China di Singapura hingga pejabat itu kini mempunyai sekitar 1,000 pekerja hari ini.



"Pelancaran makmal korporat Cisco-NUS merupakan satu lagi pencapaian yang penting bagi perjalanan Cisco di Singapura dan kesinambungan usaha Cisco untuk meningkatkan kemampuan R&D Cisco," kata Encik Gan.



Tambahnya, kerjasama itu juga akan mengukuhkan keupayaan inovasi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan, serta perkongsian baru.



"Ini akan mencipta lebih daripada 20 pekerjaan R&D, serta menyediakan peluang latihan untuk hampir 100 penyelidik, juruanalisis, jurutera serta pelajar.



"Makmal korporat ini juga komited untuk bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 100 syarikat berpangkalan di Singapura untuk menyesuaikan dan memperhalusi huraian mengikut keperluan pengguna yang khusus," jelas beliau.



Pemerintah Singapura menyokong kerjasama awam-swasta R&D menerusi geran penyelidikan kompetitif, kata Encik Gan lagi.



Sebagai contoh, Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan NRF menyediakan beberapa skim pembiayaan untuk menyokong syarikat membangunkan teknologi baru bersama universiti tempatan dan institusi penyelidikan.



"Kerjasama antara syarikat (sedemikian) terus menjadi cara yang berkesan untuk merangsang inovasi dan membayangkan semula model perniagaan baru.



"Saya menggalakkan lebih ramai untuk mengikuti contoh Cisco dan bekerjasama dengan kami untuk meningkatkan ekosistem ini, yang akan memberi manfaat kepada semua," kata Encik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >