NUS kekal universiti terunggul di Asia tiga tahun berturut-turut
Jun 15, 2016 | 05:30 AM
UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) kekal di tempat teratas dalam kedudukan tahunan universiti Asia.
Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula meningkat satu tangga di tempat ketiga, manakala Universiti Pengurusan Singapura (SMU) memasuki kedudukan itu buat kali pertama di tangga ke-60.