Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS, NTU varsiti terbaik Asia dalam ranking QS

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dinamakan sebagai universiti terbaik Asia dalam ranking pendidikan tinggi tahunan Quacquarelli Symonds (QS).



Secara global, NUS menduduki tangga ke-11, kekal di tempatnya tahun lalu, manakala NTU naik satu tangga ke tempat ke-12 dalam senarai melibatkan 1,300 universiti itu.



NUS menduduki tangga pertama dalam kalangan universiti di Asia sepanjang empat tahun lalu dalam ranking firma berpangkalan di Britain itu.



QS sebuah syarikat penganaslisis pendidikan tinggi dan ini edisi ke-18 latihan ranking tahunan itu.



QS menilai setiap institusi berdasarkan enam perkara - reputasi akademik, reputasi dalam kalangan majikan, petikan (citation) bagi setiap anggota fakulti, nisbah antara fakulti dan pelajar, nisbah anggota fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.



Sepuluh universiti terunggul secara global terus didominasi oleh instituisi Amerika Syarikat dan Britain.



Institut Teknologi Masassachusetts (MIT) di Amerika menduduki tangga teratas manakala Universiti Oxford di Britain di tempat kedua.



Universiti Stanford di Amerika dan Universiti Cambridge di Britain sama-sama menduduki tempat ketiga.



Satu-satunya universiti bukan dari Amerika atau Britain di 10 tangga teratas ialah Institut Teknologi Swiss Federal di Zurich, Switzerland, yang berada di tangga kelapan bersama Universiti Kolej London Britain.



Selepas NUS dan NTU, universiti Asia di tangga teratas ialah universiti Tsinghua dan Peking di China, di tangga ke-17 dan ke-18.



NTU terus melonjak naik dalam ranking universiti global itu, mendaki 29 tempat sejak 2013.



Presiden NTU, Profesor Subra Suresh, berkata: "Tumpuan NTU terhadap akademik dan kecemerlangan penyelidikan menyumbang kepada kenaikannya dalam kedudukan setempat dan global.



"NTU menawarkan sekitaran luar biasa bagi pembelajaran serta penyelidikan dan inovasi yang mempunyai kesan tinggi, seperti yang dapat dilihat melalui ranking antarabangsa bebas."



Dalam satu ranking universiti berasingan yang dikeluarkan Times Higher Education minggu lalu, NTU berada di tempat kelima di Asia, naik daripada tempat keenam tahun lalu, manakala NUS kekal di tangga ketiga.



Pengarah penyelidikan di QS, Encik Ben Sowter, berkata: "Singapura kekal sebagai dua universiti terunggul dalam hab pendidikan tinggi di luar Eropah dan Amerika Syarikat."



Presiden NUS Tan Eng Chye berkata: "KMi amat gembira dengan prestasi baik NUS dalam Ranking Universiti Dunia QS serta pengiktirafan yang diberikan sebagai universiti terbaik di dunia dan di Asia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >