Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS siasat selepas pelajar didakwa tanggalkan pakaian sebagai sebahagian permainan

Jun 21, 2018 | 12:18 PM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) sedang menyiasat satu kejadian di mana pelajarnya didakwa menyertai satu permainan yang melibatkan mereka menanggalkan pakaian semasa berada dalam laut.



Kejadian yang didakwa melibatkan pelajar daripada Kent Ridge Hall NUS itu difahamkan berlaku di Pantai Siloso di Sentosa pada 4 Jun lalu, sehari selepas kem orientasi mereka berakhir.



Menurut akhbar The Straits Times, permainan itu memerlukan pasukan peserta menghasilkan barisan baju yang terpanjang di pantai itu dan oleh itu, pelajar berkenaan masuk ke dalam laut untuk menanggalkan pakaian mereka.



Menerusi satu kenyataan, jurucakap NUS berkata universiti itu memandang serius kelakuan yang tidak wajar oleh pelajarnya.



“Pihak universiti tidak menerima kelakuan atau kegiatan yang menjatuhkan maruah individu.



“Kami sedang menjalankan siasatan teliti terhadap hal ini dan tindakan disiplin yang tegas akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab,” kata jurucakap itu.



NUS turut berkata kegiatan itu berlaku semasa satu acara peribadi.



Kem Blue Blood Kent Ridge Hall yang berlangsung di kampus dari 2 hingga 3 Jun tidak melibatkan kegiatan pantai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >