Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS terima 71 aduan salah laku seks libatkan pelajar sepanjang lima tahun lalu

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 71 aduan salah laku seksual melibatkan pelajar dibuat kepada Universiti Nasional Singapura (NUS) sepanjang lima tahun lalu.



Jumlah tertinggi ialah pada 2019, apabila 25 laporan dibuat.



Pada tahun itu, bekas pelajar NUS Monica Baey mencetuskan perbincangan mengenai salah laku seks dengan menyuarakan kekecewaannya bahawa universiti itu tidak melakukan secukupnya untuk mengambil tindakan terhadap seorang pelajar lelaki yang merakam beliau dalam bilik mandi di kediaman pelajar Dewan Eusoff.



Dalam laporan pertamanya mengenai salah laku seks, yang dikirim kepada pelajar dan kakitangan semalam, NUS menyusun ringkasan kes lalu dan sekarang, termasuk jenis aduan yang diterimanya, dan perincian kes tahun lalu.



Ia mempunyai 12 aduan salah laku seks tahun lalu. Sepanjang tahun itu, lembaga disiplin atau lembaga rayuan disiplin juga menangani tiga kes lain melibatkan pelajar, berdasarkan aduan yang dibuat sebelum tahun lalu.



Universiti itu mengatakan laporan tersebut akan diberi setiap enam bulan, dengan harapan memperkuat dan memperdalam kepercayaan dalam kalangan masyarakat NUS.



"Adalah penting setiap kejadian salah laku seksual diurus dengan adil dan sensitif, dipandu oleh prinsip keadilan dan berkecuali. Setiap aduan ditangani dengan serius dan disiasat dengan teliti mengikut proses sewajarnya," kata NUS dalam laporan itu.



Ia menambah bahawa lebih banyak individu tampil untuk melaporkan laporan terhadap pelaku salah laku seksual.



NUS mengatakan sebahagian besar aduan pada 2019 dibuat setelah mesyuarat awam yang diadakannya mengenai kesalahan seksual pada April tahun itu untuk mengatasi masalah pelajar.



Sepertiga daripada aduan - 24 daripada 71 - dibuat antara 2016 dan 2020 melibatkan hubungan verbal atau fizikal bersifat seksual. Ini diikuti oleh 18 laporan voyeurisme (mengintai).



Aduan lain termasuk mencuri pakaian dalam, gambar atau video dalam skirt, dan pendedahan tidak senonoh.



Terdapat juga dua laporan rogol yang dibuat kepada universiti itu dalam tempoh tersebut.



NUS mengatakan mangsa mendakwa berlaku hubungan seks tanpa izin, tetapi tidak ada tindakan selanjutnya diambil setelah siasatan dijalankan oleh polis dan universiti itu.



Daripada 71 kes tersebut, 42 telah diteliti oleh Lembaga Disiplin NUS, sementara 11 daripadanya dirujuk ke fakulti masing-masing untuk tindakan tatatertib. Tidak ada tindakan lebih lanjut diambil bagi 13 kes kerana bukti tidak mencukupi dan siasatan belum selesai bagi baki lima aduan.



Sebagai tambahan kepada laporan melibatkan pelajar, NUS juga menerima 19 aduan salah laku seksual melibatkan kakitangan antara 2016 dan tahun lalu.



Kebanyakannya diklasifikasikan di bawah hubungan verbal atau fizikal bersifat seksual, dan cubaan memikat secara seksual yang tidak diinginkan atau permintaan ganjaran seksual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >