Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

NWC: Majikan sektor yang pulih disaran pulihkan pemotongan gaji

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NWC: Majikan sektor yang pulih disaran pulihkan pemotongan gaji

Oct 29, 2021 | 06:02 PM

MAJIKAN yang sudah pulih atau sedang pulih daripada kesan ekonomi ekoran pandemik, harus memberi semula gaji yang dipotong serta menarik balik sebarang langkah jimat kos berkaitan gaji seperti cuti tanpa gaji atau minggu bekerja lebih singkat.

Bagi membantu pekerja bergaji rendah naik gaji lebih pantas daripada gaji median, majikan disarankan agar menaikkan gaji mereka di antara 4.5 peratus dengan 7.5 peratus daripada gaji kasar – atau $70 hingga $90 – bagi mereka bergaji $2,000 ke bawah.

Ini adalah antara garis panduan ditetapkan oleh Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) bagi tempoh 1 Disember 2021 hingga 30 November 2022.

Garis panduan lain adalah menggesa majikan yang belum melaksanakan Sistem Gaji Fleksibel (FWS) supaya berbuat demikian.

Manakala majikan yang masih terkesan, harus menimbangkan langkah jimat kos bukan gaji dan membayar tambahan gaji tahunan (AWS) bagi mengurangkan kesan pemotongan gaji berpanjangan, khususnya bagi pekerja bergaji rendah di samping terus memanfaatkan skim bantuan pemerintah.

Garis panduan itu yang bukan wajib tetapi sudah diterima pemerintah, ditetapkan selepas NWC yang terdiri daripada wakil pemerintah, majikan dan kesatuan, bertemu pada September dan Oktober tahun ini. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3