NWC saran kenaikan gaji hingga $70 bagi pekerja bergaji kecil
Ia juga saran beri bonus bagi firma yang tingkatkan produktiviti; tawar pekerja latihan berstruktur
May 31, 2019 | 05:30 AM
SEKITAR 154,000 pekerja yang bergaji $1,400 sebulan dan ke bawah kini boleh menjangkakan gaji mereka dinaikkan antara $50 dengan $70 sebulan, selepas pemerintah menerima saranan terbaru majlis penasihat gaji perikatan tiga pihak.
Ini selepas ukuran gaji rendah dinaikkan daripada $1,300 kepada $1,400, justeru membolehkan lagi 22,000 pekerja layak bagi kenaikan gaji itu.