Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Obama hos jamuan malam negara bagi PM Lee di Rumah Putih pada Ogos

Jun 02, 2016 | 12:21 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, akan menjadi tuan rumah satu majlis jamuan malam negara bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rumah Putih pada 2 Ogos.



Ia akan menjadi kali pertama Encik Lee diberi penghormatan dengan majlis seperti itu.



Rumah Putih mengumumkan acara tersebut pada Rabu (1 Jun), dan mengatakan dua pemimpin itu akan merai hubungan dua hala antara Singapura dan Amerika pada majlis tersebut.



Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara dua negara itu.



Rumah Putih seterusnya berkata Presiden Obama dan PM Lee akan menonjolkan perkembangan dalam hubungan dan juga membincangkan cara hubungan antara dua negara itu boleh "terus menangani cabaran antarabangsa dan memajukan susunan berasaskan peraturan bagi Asia-Pasifik".



Jamuan malam negara Rumah Putih biasanya sebuah acara gemilang dan dikhaskan hanya bagi sekutu kuat Amerika. Ia dianggap sebagai penghormatan diplomatik tertinggi yang diberi Rumah Putih.



Setakat ini Presiden Obama telah menjadi tuan rumah bagi pemimpin dari empat negara Asia - China, Jepun, Korea Selatan dan India.



Majlis itu menelan belanja daripada sekitar AS$200,000 ($275,000) hingga lebih AS$500,000.



Dalam satu pos Facebook pada Khamis (Jun 2), PM Lee berkata beliau telah menerima undangan Presiden Obama untuk melawat Washington DC pada Ogos, dan menantikan masanya.



"Ia akan menandakan kemajuan yang kami telah capai, terutama bersama Pentadbiran ini. Ia juga akan menjadi peluang untuk melihat bagaimana kami boleh membina persahabatan kami melewati pilihan raya AS pada November," tulis Encik Lee.



Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew menghadiri sekurang-kurangnya tiga jamuan malam negara Amerika, yang terakhir dihos oleh presiden Ronald Reagan pada 1985.



Duta Besar Singapura ke Amerika, Encik Ashok Mirpuri, berkata negara ini amat berbesar hati atas undangan Presiden Obama.



"Tahun ini menandakan 50 tahun hubungan dua hala antara Singapura dan Amerika dan lawatan Perdana Menteri akan membina hubungan kukuh sedia ada kami dan kerjasama serantau," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >