oBike hutang wang cagaran pengguna bernilai $6.3 juta , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

oBike hutang wang cagaran pengguna bernilai $6.3 juta

Jul 02, 2018 | 07:44 PM

WANG cagaran pengguna bernilai US $4.6 juta (S$6.3 juta) masih dihutang syarikat oBike, menurut pegerusi dan pengasas firma tersebut, Encik Shi Yi hari ini. 

Menurut laporan akhbar The Straits Times, Encik Shi berkata oBike berhasrat untuk membayar balik pengguna di Singapura dan telah berusaha mengumpulkan dana tersebut. 

Walau bagaimanapun, beliau berkata ini masih tertakluk kepada keputusan pembubar (liquidator) yang sedang dilantik syarikat tersebut. 

oBike, yang mula melancarkan perkongsian basikal pada Januari tahun lalu, mengakhiri operasinya di Singapura secara tiba-tiba pada 25 Jun. 

Menurutnya, syarat-syarat di bawah rejim pelesenan untuk syarikat basikal yang dikongsi oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) terlalu berat.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Memohon maaf kepada pengguna di sini kerana mengakhiri operasi secara tiba-tiba, Encik Shi berkata keputusan itu adalah “keputusan komersial” kerana syarikat itu telah mengalami kerugian besar di Singapura pada tahun pertama operasinya di sini. 

The Business Times melaporkan minggu lalu bahawa oBike mengalami kerugian yang mencecah $4.25 juta tahun lalu. 

Encik Shi menambah bahawa dengan pelaksanaan peraturan pelesenan baru LTA, oBike akan menanggung perbelanjaan tambahan antara $10 dan $15 juta setiap tahun. 

oBike telah mencari pembeli untuk mengambil alih perniagaannya sejak Mac tahun ini, katanya, namun rancangan tersebut akhirnya tidak diteruskan. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map