Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

OCBC bayar balik penuh semua pelanggan mangsa penipuan pancingan data SMS

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA pelanggan OCBC Bank yang terjejas dalam kes penipuan pancingan data SMS baru-baru ini telah menerima "pembayaran muhibah penuh" meliputi jumlah kerugian mereka, kata OCBC Bank dalam satu kenyataan semalam.



Tidak ada lagi transaksi berhubung penipuan itu sejak beberapa minggu lalu, tambahnya.



Seramai 790 mangsa penipuan tersebut kehilangan sejumlah $13.7 juta.



Kira-kira 80 peratus daripada kehilangan itu berlaku pada musim perayaan antara 23 Disember hingga 30 Disember tahan lalu.



Dalam tempoh tersebut, panggilan yang dibuat kepada khidmat pusat panggilan bank itu meningkat 40 peratus, menurut kenyataan tersebut.



Seramai 469 mangsa dan penipuan berjumlah $8.5 juta yang dilaporkan pada 30 Disember lalu itu adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa ketika itu.



Lebih banyak laporan polis telah dibuat dan diserahkan kepada bank tersebut selepas awal bulan ini.



"Selain mereka yang telah membuat laporan polis, kami juga menghubungi mangsa yang tidak menyedari mereka telah ditipu.



"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, lebih 200 pelanggan dicegah daripada menjadi mangsa kerana langkah kami yang dipertingkat berikutan gelombang awal penipuan itu," kata OCBC.



Siasatan OCBC mengesahkan bahawa mereka yang menjadi mangsa telah memberi nama daftar log masuk perbankan dalam talian mereka dan PIN sekali ke laman web pancingan data.



Tindakan itu membolehkan penipu mengambil alih akaun bank mereka dan membuat transaksi penipuan.



Namun begitu, OCBC memutuskan membuat pembayaran penuh sebagai tanda muhibah sekali sahaja berdasarkan keadaan penipuan itu.



"Kami juga mengambil kira bahawa perkhidmatan pelanggan dan respons kami tidak mencapai jangkaan kami sendiri, yang boleh menghasilkan pengurangan kerugian dalam beberapa kes.



"OCBC Bank kekal komited untuk memastikan dana pelanggan kami kekal selamat dan akan terus meningkatkan perkhidmatan dan respons pelanggan kami," tambah bank itu.



Bank itu bulan ini memperkenalpelbagai langkah keselamatan baru, termasuk menghantar makluman pemindahan dana segera kepada pelanggan walaupun bagi urus niaga melibatkan satu sen.



Sejak bulan ini, bank di Singapura telah diwajibkan melaksana langkah-langkah lebih ketat untuk memperkukuh keselamatan perbankan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >