Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENIPUAN SMS

OCBC beri bayaran muhibah kepada pelanggan terjejas

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



PEMBAYARAN secara muhibah telah diberikan Bank OCBC bagi mereka yang terjejas dalam penipuan pancingan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak 8 Januari lalu.



Insiden penipuan pancingan SMS yang berlaku bulan lalu itu menjejas hampir 470 pelanggan dengan pelanggan hilang sekurang-kurangnya $8.5 juta.



Dalam satu kenyataan media semalam, OCBC berkata pembayaran kepada kumpulan pelanggan ini dibuat atas dasar muhibah selepas pengesahan menyeluruh, dengan mengambil kira keadaan setiap kes.



Hingga kini, lebih 30 pelanggan telah menerima pembayaran dari Bank OCBC.



Menurut OCBC, penipuan itu sangat agresif dan dibuat secara teratur.



Ia juga manfaatkan kebimbangan pelanggan bahawa terdapat masalah pada akaun bank atau kad kredit mereka.



Siasatan bank mengesahkan bahawa mereka yang telah menjadi mangsa memberi butiran log masuk perbankan dalam talian mereka ke laman pancingan itu.



Penipu yang terlibat kemudian memindahkan wang dari akaun pelanggan dengan segera.



OCBC berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi membantu mangsa yang terjejas.



Bank itu juga telah menghubungi mangsa untuk membantu menjawab kebimbangan mereka serta memastikan mereka mendapat sokongan.



OCBC mengakui bahawa perkhidmatan dan sambutan pelanggannya "tidak mencapai jangkaan pelanggan, terutama dalam tempoh stres dan kebimbangan".



Ketua Pegawai Eksekutif OCBC, Cik Helen Wong memberi jaminan bahawa sistem bank dan platform bank digital mereka selamat untuk digunakan.



"Penipu semakin meningkat dan canggih. Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dan melakukan perbankan anda hanya di laman web dan aplikasi mudah alih rasmi," katanya.



Dalam pada itu, lebih 800 orang telah menandatangani petisyen dalam talian yang meminta Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menguatkuasakan prapendaftaran pengenalan (ID) bagi penghantar SMS selepas penipuan pancingan SMS ini.



Petisyen dalam talian, yang dimulakan oleh pengguna Captain Sinkie di laman Change.org, menunjukkan bahawa penipu boleh "menyalahgunakan" keperluan bagi prapendaftaran ID penghantar SMS di Singapura.



Ia merayu kepada IMDA untuk menguatkuasakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >