Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

OCBC latih pelanggan warga emas manfaat khidmat bank dalam talian

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



USAHA melatih pelanggan berusia 60 tahun ke atas untuk memanfaatkan khidmat bank dalam talian dan membuat bayaran secara digital serta kekal selamat daripada sebarang penipuan bakal dikendalikan OCBC Bank di cawangan kejiranannya.



Latihan peribadi ini adalah sebahagian program OCBC Digital Silvers yang akan dikendalikan dalam lebih 25 bengkel yang setiap satu berlangsung selama setahun setengah hingga penghujung suku kedua 2023.



Dalam satu kenyataannya semalam, OCBC Bank berkata sesi ini akan dapat dimanfaatkan lebih 400 warga emas dengan mereka yang kerap berkunjung ke cawangan kejiranan ini akan didekati untuk belajar dalam suasana yang biasa dan selesa buat mereka dan daripada kakitangan bank yang mereka kenali dan percayai.



Program ini juga memastikan golongan warga emas tidak ketinggalan sedang Singapura meneruskan usaha menggalakkan perbankan digital.



OCBC Bank menambah hampir satu daripada setiap tiga pelanggan yang berkunjung ke cawangan OCBC Bank untuk urusan langsung di kaunter berusia 60 tahun ke atas manakala dua sebab utama bagi lawatan mereka ke cawangan ini adalah untuk mengeluarkan dan memasukkan wang tunai.



Khidmat perbankan asas ini boleh dikurangkan atau digantikan dengan bayaran digital.



Bagi memenuhi keperluan pelanggan warga emas ini, sukatan latihan buat mereka ini menekankan perbankan digital dan kemahiran membuat bayaran seharian termasuk pengenalan langkah demi langkah dalam menggunakan aplikasi digital OCBC atau membuat bayaran menerusi QR Code atau pemindahan wang menerusi PayNow, tambah OCBC Bank.



Sukatan latihan ini juga memberi penekanan setara pada keselamatan siber agar pelanggan berusia ini dapat menikmati kemudahan perbankan digital tanpa menjadi mangsa pancingan data dan penipuan lain yang kian meningkat dalam wadah digital.



Menurut OCBC Bank, pihaknya telah membangun panduan nasihat keselamatan untuk mendidik pelanggan tentang penipuan yang boleh berlaku.



Empat sesi bimbingan perintis telah diadakan awal tahun ini dengan jaya.



Selain bimbingan, peserta juga dapat mendengar pengalaman individu yang pernah menjadi mangsa penipuan, hampir menjadi mangsa atau merupakan anggota keluarga mangsa atau kakitangan OCBC Bank yang dapat menghentikan percubaan menipu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >