Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

OEM dan apa yang perlu anda tahu mengenainya

Jan 18, 2019 | 04:18 PM



JIKA sebelum ini pelanggan hanya boleh membeli bekalan elektrik daripada SP Group, kini pilihan yang lebih meluas disediakan bagi semua pelanggan untuk memilih pembekal elektrik yang paling sesuai dengan keperluan mereka.



Bermula November tahun lalu, Pasaran Terbuka untuk Bekalan Elektrik (OEM) telah diluaskan kepada semua pelanggan di serata negara. Sebelum itu, pilihan tersebut hanya ditawarkan di kawasan Jurong.



Ini bermakna sekitar 1.4 juta akaun perniagaan dan keluarga boleh membeli elektrik daripada 13 peruncit, berdasarkan pelan harga yang menepati keperluan masing-masing.



APA ITU OEM?



OEM merupakan satu daya usaha oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) yang memberi pelanggan pilihan dan fleksibiliti untuk memilih pembekal elektrik yang menepati citarasa mereka.



Ini bermakna mereka tidak lagi perlu mendapatkan bekalan elektrik daripada SP Group tetapi masih boleh menikmati bekalan elektrik yang sama melalui grid tenaga nasional.



Senarai peruncit penyedia elektrik yang ada sekarang termasuk Sunseap Energy, Keppel Electric dan Diamond Energy Merchants.



Sesetengah pembekal runcit ini juga telah menawarkan pelbagai ganjaran menarik jika pengguna memilih untuk menukar syarikat pembekal runcit elektrik dan melanggan dengan mereka.



Ada yang menawarkan hadiah percuma manakala ada juga yang telah bekerjasama dengan syarikat dalam industri lain untuk menawarkan pakej unik.



Bagi mereka yang berminat untuk beralih kepada pembekal runcit elektrik, pembekal runcit tersebut akan berurusan secara langsung dengan SP Group untuk membuat penukaran itu.



Dalam pada itu, mereka yang mahu terus kekal dengan SP Group boleh tetap melakukan demikian dan tidak perlu mengambil langkah seterusnya.



Mereka boleh membeli bekalan elektrik di tarif yang dikawal selia.



Sama ada pelanggan memilih untuk membeli bekalan elektrik daripada SP Group atau pembekal runcit lainnya, mereka yang layak mendapat rebat U-Save masih boleh menggunakannya untuk mengimbangi bil elektrik.



APA YANG PERLU PENGGUNA LAKUKAN



- Untuk memahami dengan lebih baik bagaimana OEM berfungsi, anda boleh lungsuri laman www.openelectricitymarket.sg atau hubungi talian 1800-233-8000.



- Semak dan periksa pelan harga yang ditawarkan oleh pembekal runcit.



Anda boleh membandingkan pelan harga biasa pembekal runcit di laman http://compare.openelectricitymarket.sg bagi mencari pelan yang paling sesuai bagi keperluan anda.



- Hubungi pembekal runcit pilihan anda jika inginkan lebih banyak maklumat tentang pelan harga yang ditawarkan.



Periksa istilah kontrak seperti tempoh kontrak, syarat pembayaran, deposit keselamatan, bayaran bagi penamatan awal dan klausa pembaharuan automatik.



- Daftar dengan pembekal runcit pilihan anda, yang akan bekerjasama dengan SP Group dengan melaksanakan peralihan untuk anda.



Kontrak anda akan bermula seawal lima hari perniagaan selepas pembekal runcit anda memberitahu SP Group supaya membuat penukaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >