Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Oksimeter pantau kadar oksigen dalam darah buat setiap isi rumah diberi antara 5 Julai -5 Ogos

Jun 24, 2021 | 05:38 PM



YAYASAN Temasek akan memberikan sebuah oksimeter kepada setiap isi rumah di Singapura agar penduduk dapat memantau kadar oksigen dalam darah mereka secara tetap.



Alat oksimeter ini digunakan bagi memeriksa kadar oksigen dalam darah serta boleh membantu mengesan tanda awal kemerosotan dalam kesihatan.



Inisitatif ini datang sedang lebih banyak varian Covid-19 baru dan lebih mudah menjangkiti muncul. 



"Virus Covid-19 ini boleh menyebabkan kadar oksigen dalam darah merosot pada paras rendah yang berbahaya meskipun anda tidak menampakkan tanda jangkitan tersebut," jelas yayasan itu dalam satu kenyataan pada Khamis (24 Jun).



"Radang paru-paru yang secara senyap-senyap melanda adalah salah satu daripasa kesan paling serius Covid-19 di mana orang yang sakit kronik tidak terasa apa-apa meskipun paru-paru mereka rosak," jelas kenyataan tersebut.



Keluarga di sini boleh mendapatkan alat oksimeter ini mulai 5 Julai hingga 5 Ogos di lebih 300 cawangan pasar raya FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage, farmasi Watsons, Unity dan Guardian.



Mereka perlu menunjukkan risalah yang akan dikirimkan menerusi peti surat antara 28 Jun dengan 3 Julai di lokasi berkenaan.



Kadar oksigen dalam darah antara 95 dengan 100 peratus dianggap sihat manakala kadar 90 hingga 94 peratus dianggap rendah.



Mereka yang mempunyai kadar oksigen yang rendah dalam darah memerlukan oksigen tambahan dan dinasihati agar bertemu doktor, tambah yayasan itu lagi.



Kadar oksigen dalam darah di bawah paras 90 peratus adalah terlalu rendah dan sangat berbahaya dengan perlunya rawatan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.



Sungguhpun begitu, yayasan itu berpesan ujian kadar oksigen dalam darah ini tidak boleh menggantikan ujian Covid-19 kerana kadar oksigen dalam darah bukanlah petanda sebenar bagi seseorang dianggap positif dengan virus itu. Kadar oksigen yang rendah dalam darah boleh disebabkan kondisi atau kesulitan lain yang tersembunyi. 



Laporan oksimeter mungkin tidak tepat apabila tangan menggeletar atau ketika menggunakan varnis kuku.



Oksimeter ini boleh digunakan dengan meletakkannya di sekeliling hujung jari anda sambil menekan butang oksimeter. Masa beberapa saat diperlukan bagi memantapkan bacaan kadar oksigen dalam darah.



Dua angka akan dipaparkan - kadar oksigen dalam darah dan kadar denyutan nadi.



Anda boleh mendapatkan alat ini bagi pihak isi rumah lain, kawan atau jiran dengan menunjukkan risalah yang dikirim ke isi rumah mereka.



Keluarga boleh memeriksa lokasi mengambil oksimeter terdekat dan masa operasi lokasi berkenaan di laman https://stayprepared.sg/oximeter/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >