Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

OMS umum keluar 4 EP dan konsert sempena ulang tahun ke-30

Apr 29, 2021 | 08:00 PM



MERAIKAN ulang tahun ke-30, Orkestra Melayu Singapura (OMS) telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan empat EP (Extended Play) serta mengadakan konsert secara hibrid pada akhir tahun ini.



Ini merupakan kali pertama OMS menghasilkan EP sejak ditubuhkan oleh Persatuan Rakyat (PA) pada September 1991.



Lagu Ramadan yang Mulia, Syawal yang Indah adalah yang pertama daripada empat EP yang dilancarkan semasa pengumuman itu di Wisma Geylang Serai pada Khamis (29 April).






 



Bercakap kepada media semasa pelancaran itu, Pengarah Muzik OMS, Encik Amri Amin berkongsi di tengah-tengah wabak Covid-19 di mana terdapat banyak ketidakpastian, beliau berharap lagu itu dapat membawa cahaya di hujung terowong bagi ramai yang mendengarkannya.



“Kami memilih untuk mengeluarkan lagu raya kerana kami tahu, akibat Covid-19, semua telah berubah dan ramai yang keliru mengenai bagaimana untuk menyambut perayaan yang akan datang.



“Jadi lagu ini bermula dengan suasana Ramadan di mana ia mempunyai unsur inspirasi dan kerohanian.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >