Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ong Ye Kung bentang tiga langkah siap sedia sistem jagaan kesihatan S'pura bagi gelombang Covid-19 mendatang

Jun 02, 2022 | 06:33 PM



SINGAPURA harus memastikan ketetapan jagaan kesihatan di sini bersedia untuk menangani pesakit Covid-19, menambah kapasiti katil serta memperbaiki kadar vaksinasi suntikan penggalak dalam kalangan warga emas.



Ini adalah antara langkah yang diambil bagi mempersiapkan diri bagi gelombang Covid-19 mendatang, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung di seminar pelan kerja Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (2 Jun).



Akur bahawa Afrika Selatan kini sedang mengharungi penularan jangkitan Covid-19 kelima yang berpunca daripada dua subvarian Omicron, BA.4 dan BA.5, Encik Ong berkata gelombang selanjutnya dijangka akan singgah ke Singapura "dalam masa beberapa bulan" mendatang.



Singapura melaporkan tiga kes pertama subvarian ini pada 15 Mei.



Sedang Singapura mengenalkan langkah berjaga-jaga dan keselamatan, ia tidak boleh mengambil keadaan ini sambil lewa, jelas Encik Ong memberi amaran.



"Kita merasakan BA.4 dan BA.5, ini adalah gelombang yang boleh kita harungi. Tapi jangan ambil mudah, terus bersedia menanganinya," jelasnya kepada hadirin yang terdiri daripada pekerja jagaan kesihatan.



Beliau telah menggariskan strategi yang dianggap "persediaan terbaik".



Pertama, hospital telah mengenalkan khidmat jagaan rumah, memperuntukkan katil di hospital sambil membenarkan orang ramai menerima jagaan di rumah mereka sendiri.



Kedua, ramai pesakit hospital jangka panjang menanti tempat di rumah jagaan. Jika Singapura boleh menambah bilangan katil di rumah jagaan, pesakit mereka boleh dipindahkan dipindahkan ke situ.



Akhir sekali, negara ini perlu mengubah bagaimana kemudahan rawatan masyarakatnya boleh dikendalikan, tambah Encik Ong.



Kemudahan ini dibangunkan tahun lalu bagi menampung pesakit Covid-19 yang berusia lagi memerlukan pemantauan rapi, yang berada dalam keadaan perubatan mantap.



Kini, kemudahan ini harus direka semula bagi mengambil sebarang pesakit yang tidak memerlukan jagaan akut yang disediakan hospital, tanpa mengira penyakit mereka, katanya.



Singapura harus fokus pada usaha meyakinkan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang layak uintuk mendapatkan suntikan penggalak, kata Encik Ong.



Sekitar 12 peratus daripada mereka dalam kumpulan ini belum lagi memperolehinya.



"Ini adalah kumpulan yang lebih tmudah dijangkiti dan saya fikir kita perlu fokus pada usaha mendapatkan mereka vaksinasi menerusi suntikan ketiga," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >