Ong Ye Kung beri pandangan tentang tindakan tidak peka perkauman, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ong Ye Kung beri pandangan tentang tindakan tidak peka perkauman

Jun 07, 2020 | 01:45 PM

Anak muda di Singapura melakukan perkara yang tepat dengan menentang ketidakpekaan perkauman, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung. 

Ini merupakan komen umumnya yang pertama berkaitan dengan satu foto sambutan ulang tahun pada 2016, yang menunjukkan pelajar Institusi Raffles (RI) mengecat hitam muka mereka. 

Encik Ong menekankan di Facebooknya semalam, bahawa tindakan ketidakpekaan perkauman atau keagresifan mikro (micro-aggression) terhadap seseorang yang berbangsa lain tidak diterima. 

Tetapi beliau menggesa orang ramai agar sedar bahawa keadaan di Singapura berbeza dengan Amerika Syarikat, yang mencetuskan bantahan seluruh negara selepas seorang lelaki kulit hitam mati semasa dalam tahanan polis pada 25 Mei. 

Foto yang tular di media sosial baru-baru ini, menimbulkan perbincangan dalam talian mengenai isu perkauman lebih luas. Ia menunjukkan sekumpulan pelajar Cina dengan ada yang muka dicat hitam dan ada memakai pelitup hitam, menyambut ulang tahun rakan sekolah berbangsa India.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Satu pos Facebook oleh penulis Alfian Sa’at pada Khamis lalu mengenai insiden itu telah menarik 600 komen dengan ramai yang marah dan terkesan dengan kejadian itu. 

Pada hari sama, pelajar yang terlibat dalam foto itu mengirimkan nota bagi menjelaskan mereka tiada niat jahat tetapi mengakui ia bukan alasan terhadap sikap ketidakpekaan mereka serta memohon maaf secara awam. RI juga berkata sekolah itu tidak menerima tindakan sedemikian dan akan menasihatkan pelajar jika guru-guru tahu tentang hal itu.

Menulis di Facebook dalam komen awam yang pertama mengenai isu itu, Encik Ong berkata:

“Saya melihat ramai ramai pelajar kita, dari semua bangsa mempunyai pandangan tegas terhadap hal ini. 

 “Adalah baik yang anak muda kita mempertegakkan apa yang benar dan apa yang menjadi nilai pengasas yang kita berusaha untuk tegakkan di Singapura.”

Menarik perhatian yang gambar itu mungkin timbul semula berikutan insiden di Amerika, Encik Ong berkata keadaan di Singapura jauh berbeza dengan Amerika yang mempunyai sejarah pengabdian yang menyakitkan, perang saudara dan gerakan hak sivil yang bergelut dengan pengasingan kaum. 

Singapura, sebaliknya, diasaskan sebagai negara berbilang kaum, tidak kira bangsa, bahasa atau agama, selepas mencapai kemerdekaan pada 1965. 

Tambah Encik Ong:

“Ini tidak bermakna perbezaan kaum tidak wujud hanya dengan keputusan sahaja. Naluri perkauman adalah sebahagian daripada sifat manusia.”

Ini sebabnya pemerintah melaksanakan banyak dasar sejak bertahun-tahun lalu bagi melindungi terhadap perkauman sistemik, ujarnya.

“Pelajar harus tahu bahawa tindakan yang tidak peka terhadap perkauman tidak boleh diterima. Singapura akan sentiasa dalam usaha untuk memperbaiki diri berdasarkan cita-cita pengasas kita dan sistem tadbir urus yang direka dengan mengambil kira cita-cita itu. Kita semua harus memainkan peranan.”

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map