Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ong Ye Kung: Masyarakat berperanan tangani stigma pendidikan

Mar 10, 2019 | 06:00 PM



 





MASYARAKAT harus memain peranan menghapus stigma yang dirasai sebahagian pelajar di sekolah menengah,” kata Menteri Pendidikan (MOE) Encik Ong Ye Kung pada Ahad (10 Mac).



“Stigma wujud bukan kerana dasar pemerintah… ia adalah sesuatu respons masyarakat,” kata Encik Ong, mengulas tentang maklum balas awam berkenaan rancangan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk beralih dari penyaluran pelajar atau streaming bagi mengasingkan pelajar keupayaan berbeza kepada  pembezaan mengikut subjek pada 2024.



Sebahagian pihak awam berpendapat perubahan itu sekadar peralihan dari satu jenis penyaluran ke jenis penyaluran yang lain.



Menurut Encik Ong, masyarakat bertanggungjawab untuk mencegah stigma yang dirasai pelajar berdasar kelakonan mereka di sekolah, dengan mengiktiraf bahawa setiap pelajar memiliki kekuatan dan kemairan berbeza.



Sistem pendidikan di Singapura, tambah beliau, sedang berusaha menonjolkan kekuatan ini, dan tidak bertujuan memberi label kepada pelajar.



“Label ada di mana-mana… kita dibeza-bezakan berdasarkan apa yang kita lakukan. Justeru, kita, sebagai satu masyarakat, perlu memutuskan sama ada untuk mengadakan adangan antara orang yang berbeza,” ujar Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >