Ong Ye Kung: Semua menteri adakan kunjungan masyarakat ke semua kawasan undi jelang pertengahan 2020, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ong Ye Kung: Semua menteri adakan kunjungan masyarakat ke semua kawasan undi jelang pertengahan 2020

Nov 18, 2018 | 08:30 PM

BERPANDUKAN matlamat memahami keprihatinan warga Singapura dengan lebih baik, penjawat politik, termasuk menteri penuh berharap mengadakan kunjungan masyarakat ke semua kawasan undi sehingga pertengahan 2020, kata Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung, pda Ahad (18 November).

Kunjungan masyarakat seperti itu, kebelakangan ini, juga telah diadakan dengan lebih kerap - hampir seminggu sekali - sejak Julai lalu, apabila Encik Ong mendedahkan rancangan untuk mengadakan kunjungan serentak oleh beberapa menteri ke tempat awam seperti kolong blok, sudut bersenam dan kedai kopi.

Dahulu, kunjungan serupa biasanya hanya melibatkan seorang menteri dan diadakan secara bulanan.

Encik Ong, yang menyelaras kunjungan masyarakat bagi pemerintah penggal ini, berkata kunjungan itu kini lebih santai dan membenarkan menteri berinteraksi secara lebih baik dengan penduduk, selain memberikan sentimen penduduk yang lebih tepat.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pameran MyNiceHome yang dianjurkan Lembaga Pembangunan dan Perumahan di Sembawang, di mana beliau berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP).

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map