POLIS sedang menyiasat laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) dan salah seorang penulisnya atas kesalahan fitnah jenayah bagi laporannya baru-baru ini yang melibatkan komen oleh Anggota Parlimen (AP), Encik Seah Kian Peng.
Menurut laporan The Straits Times, seorang jurucakap Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata badan berkanun itu telah membuat laporan polis.