Operasi 10 hari hasilkan tangkapan 19 orang bagi pelbagai jenayah
Polis turut nasihati orang ramai berhati-hati sempena musim perayaan
Dec 21, 2019 | 05:30 AM
SATU operasi penguatkuasaan selama 10 hari melibatkan pelbagai agensi telah dijalankan baru-baru ini, dengan seramai 19 orang ditangkap bagi pelbagai jenayah termasuk kegiatan maksiat.
Menurut kenyataan polis semalam, operasi dari 6 hingga 15 Disember lalu itu menyasarkan jenayah seperti perjudian haram dan kegiatan maksiat dalam talian.