Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi antidadah: CNB berkas lima orang, rampas 2.1kg heroin

Jun 26, 2014 | 05:04 PM



SEBUAH sindiket yang mengedar dadah jenis heroin telah ditumpaskan Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam.


Agensi antidadah itu dalam kenyataannya berkata, sejumlah 2.1kilogram dadah telah dirampas dan lima lelaki, termasuk ketua sindiket, telah diberkas.


Heroin yang dirampas dianggarkan bernilai lebih $220,000 dan boleh digunakan kira-kira 1,000 penagih untuk menghilangkan gian mereka selama seminggu.


Menurut CNB, serbuan dilakukan menjelang subuh semalam dengan beberapa pegawai CNB dikerahkan ke beberapa bahagian di Jurong West bagi memerhatikan gerak-geri ketua sindiket, seorang warga Singapura berumur 47 tahun; anggota sindiketnya dan salah seorang pelanggan mereka, seorang lelaki warga Singapura berusia 66 tahun yang juga pengedar dadah.


Kesemua mereka dipercayai sedang menanti bekalan baru dadah yang dibawa masuk ke republik ini oleh seorang pembekal.


Kira-kira 9 pagi, pegawai CNB yang ditugaskan di kawasan Jurong West Avenue 1 ternampak pembekal dadah yang disyaki - seorang lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun - yang mengadakan pertemuan dengan lelaki berusia 66 tahun ini.


Kedua-dua mereka berpisah tidak lama kemudian dan pegawai CNB yang mengekori mereka telah memberkas lelaki tua itu di Bukit Batok East Avenue 3.


Sejumlah 670gram heroin telah dirampas daripada lelaki berkenaan.


Sementara itu, pembekal dadah warga Malaysia kemudian dilihat menemui seorang anggota sindiket - seorang warga Singapura berusia 44 tahun - di kolong blok di kawasan Jurong West Street 52.


Selepas mereka berpisah, pegawai CNB memberkas warga Malaysia itu.


Pihak CNB menemui sejumlah 955 gram heroin dan wang tunai berjumlah $10,000 dari kenderaan yang digunakan lelaki warga Malaysia itu.


Satu lagi pasukan CNB kemudian memberkas lelaki warga Singapura yang ditemui pembekal dadah itu di rumahnya di JurongWest.


Satu paket heroin seberat 480gram dan 30 paket ganja tiruan seberat 90gram telah ditemui dalam rumah itu.


Sementara itu, seorang lagi anggota sindiket dadah berusia 32 tahun dan membawa wang tunai bernilai $7,200, yang dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menemui lelaki warga Malaysia itu, turut diberkas.


Mengakhiri operasi itu, satu pasukan pasukan CNB telah menyerbu rumah ketua sindiket itu.


Kesemua lima lelaki sedang disiasat kerana menyeludup dadah.


Jika sabit kesalahan, kelima-lima mereka boleh hadapi hukuman gantung sampai mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >