Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KENYATAAN MENTERI MENGENAI RESPONS SELURUH PEMERINTAH TERHADAP COVID-19

Operasi berterusan banteras pengendali kelab malam tidak berlesen

Secara purata polis jalan operasi setiap hari dari Oktober tahun lalu hingga Julai tahun ini
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa telah menjalankan penguatkuasaan berterusan terhadap pengendali kelab malam yang tidak berlesen serta premis yang diberikan geran untuk beralih kepada menjual makanan dan minuman (F&B) dengan secara purata satu operasi polis dilakukan setiap hari dari Oktober tahun lalu hingga Julai tahun ini, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam di parlimen semalam.



Beliau memberitahu parlimen bahawa pesalah telah ditangani dengan tegas dan operasi sedemikian akan diteruskan.



Kelompok Covid-19 KTV telah dikesan pada 12 Julai, yang telah pun bertambah kepada lebih 230 kes, dikaitkan dengan penularan di Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP).



Dengan lebih 790 jangkitan Ahad lalu, kelompok JFP kini merupakan kelompok masyarakat terbesar negara dan menyebabkan pemerintah melaksanakan sekatan lebih ketat minggu lalu yang menjejas banyak perniagaan, termasuk dalam industri kelab malam.



Encik Shanmugam menjelaskan bahawa dari Oktober 2020 hingga Julai 2021, polis menjalankan 202 operasi terhadap cawangan KTV yang telah beralih atau beroperasi secara haram.



Ini menyebabkan pengesanan 58 pelanggaran di bawah Akta hiburan awam dan Akta Kawalan Arak, pelanggaran 595 langkah pengurusan selamat Covid-19 dan sebanyak 142 penangkapan bagi kesalahan di bawah pelbagai undang-undang berkaitan termasuk Akta Pengambilan Tenaga Manusia Asing dan Imigrasi.



"Justeru kita mempunyai satu operasi polis - setiap hari, secara purata - sejak Oktober 2020. Justeru ini dapat memberi penjelasan terhadap sebarang soalan mengenai tindakan penguatkuasaan yang dijalankan pihak polis: satu operasi, setiap hari."



Encik Shanmugam menambah sejak Oktober tahun lalu, penguatkuasaan turut dijalankan sepanjang 20 hujung minggu dan pada setiap musim perayaan, dengan sekitar 400 cawangan makanan dan minuman diperiksa dalam setiap operasi.



Sekitar 100 cawangan sedemikian termasuk 40 yang telah membuat peralihan, telah diarahkan tutup.



Sehingga 23 Julai, Agensi Makanan Singapura telah menarik balik lesen secara tetap tujuh cawangan yang telah mengalihkan perniagaan mereka.



Beliau turut menyentuh tentang penganiayaan terhadap kategori "teman lelaki/temanita" dalam memohon warga Vietnam untuk datang ke Singapura sebagai pasangan warga tempatan yang menyebabkan Penguasa Pusat Pemeriksaan dan Imigrasi membatalkan kategori itu secepat mungkin.



Kes pertama yang dikaitkan dengan kelompok KTV yang dikenal pasti pada 12 Julai merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek dari Vietnam, yang telah berjaya masuk ke Singapura pada Februari melalui laluan hubungan kekeluargaan, yang ditaja teman lelakinya yang merupakan warga Singapura.



Encik Shanmugam beritahu parlimen bahawa kelonggaran diperkenalkan pada Oktober tahun lalu untuk membenarkan rakyat Singapura yang menjalin hubungan dengan pasangan asing disatukan selepas berpisah buat sekian lama akibat sekatan sempadan.



Pada Februari tahun ini, ekoran keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Vietnam, pemerintah telah menangguhkan peraturan pembukaan sepihak dengan negara itu dan pengunjung jangka pendek tidak lagi boleh memasuki Singapura.



ICA kemudian menerima permohonan seorang wanita Vietnam dengan penaja yang mendakwa diri mereka teman lelaki; penaja Singapura yang memohon bagi pelbagai temanita; penaja yang telah pun berumah tangga dengan orang lain; dan penaja yang tidak dapat menunjukkan bukti hubungan mereka, kata Encik Shanmugam.



Penganiayaan kategori "teman lelaki/temanita" ini telah menyebabkan penghapusannya pada Mac lalu, dengan ICA mengambil tindakan terhadap permohonan yang dianggap "tidak jujur".



"Kita memperkenal kategori teman lelaki/temanita ini semasa pandemik tahun lalu, Oktober atas belas kasihan..warga mahu orang yang mereka cintai memasuki negara dan kita mahu mencuba membantu," katanya.



"Tetapi jika sistem ini dianiayai, justeru kita perlu menghentikannya dan malangnya ini bermakna banyak permohonan sah kini ditolak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >