Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi CNB: 76 individu termasuk remaja perempuan 16 tahun ditangkap, dadah $135,000 dirampas

Feb 26, 2021 | 05:38 PM



SERAMAI 76 pesalah dadah termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diberkas dalam satu operasi serata pulau yang dikendalikan Biro Narkotik Pusat (CNB) antara 21 dengan 26 Februari.



Sebanyak 866 gram heroin, 588 gram Ice, 568 gram kanabis, 44 gram bahan psikoaktif baru (NPS), 1 gram ketamin, 56 pil Ecstasy, 1 pil Erimin-5 dan 53 setem LSD (lysergic acid diethylamide) pula dirampas dalam operasi tersebut.



Mendedahkan demikian dalam satu kenyataan pada Jumaat (26 Februari), CNB berkata dadah yang dirampas keseluruhannya dianggarkan melebihi $135,000. 



Remaja perempuan itu adalah yang termuda ditangkap dalam operasi ini dan disyaki penyalahguna dadah.



CNB menyerbu unit kediaman di daerah Ang Mo Kio Avenue 10 pada petang 21 Februari. Pegawai CNB telah memaksa masuk ke dalam rumah itu apabila penghuninya enggan mematuhi undang-undang membuka pintu rumah itu.



Dua lelaki Singapura berusia 53 dan 47 tahun diberkas di situ. Sejumlah 42 bungkusan dan straw mengandungi 373 gram heroin, 15 bungkusan Ice dan satu bungkusan ketamin serta peralatan dadah lain dirampas.



Sekitar satu gram heroin dan cebisan Ice pula ditemui pada lelaki 53 tahun itu. Wang sejumlah $1,982 pula ditemui pada lelaki 47 tahun ini. 



Sebelum tangkapan dibuat, seorang lelaki 64 tahun turut ditangkap di unit kediaman itu kerana disyaki melakukan kesalahan dadah. Dia cuba melepaskan diri daripada ditangkap dan dipercayai telah menjatuhkan bungkusan kecil dadah dalam pergelutan itu.



Pegawai CNB kemudian menemui bungkusan mengandungi 4 gram heroin.



Pada 23 Februari pula, pegawai CNB menangkap lelaki 33 tahun di kawasan Sengkang Square. Sejumlah 15 bungkusan yang mengandungi 54 gram Ice, 50 pil Ecstasy dan pelbagai peralatan dadah dirampas daripada lelaki itu.



Dalam operasi susulan pada hari yang sama, pegawai CNB memberkas lelaki 36 tahun di Rivervale Crescent. Dia dibawa ke rumahnya sekitar Woodlands Drive 75 di mana pegawai CNB menemui 472 gram heroin, 345 gram Ice, 503 gram kanabis, tujuh pil Ecstasy, 50 setem LSF serta peralatan dadah lain.



Dua kes ini dan beberapa yang lain melibatkan individu yang diberkas sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >