Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL (DARAT) SG-MALAYSIA

Operasi hari pertama VTL (Darat) berjalan lancar: ICA

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



HARI pertama Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat) antara Singapura dengan Malaysia yang bermula semalam rata-ratanya berjalan lancar.



Ketika ditemui di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Timbalan Komander (Operasi Darat) Komand Woodlands Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Superintenden Tong Weijie, berkata operasi di pusat pemeriksaan itu berjalan lancar.



"Kebanyakan penumpang dapat menjalani pemeriksaan imigresen di laluan imigresen automatik kerana mereka membawa dokumen yang diperlukan dan telah menghantar Kad Ketibaan SG terlebih dahulu.



"ICA akan terus memantau situasi, memperhalusi proses kami dan mempertingkat proses pemeriksaan imigresen di pusat pemeriksaan," ujar beliau.



Pelawat ke Singapura juga harus mengisi Kad Ketibaan SG bersama pengisytiharan kesihatan elektronik menerusi laman ICA di https://go.gov.sg/sgarrivalcard atau menerusi aplikasi mudah alih SG Arrival Card yang boleh dimuat turun di App Store atau Google Play.



Ini perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari sebelum tiba di Singapura.



Semasa lawatan Berita Harian (BH) ke Pusat Pemeriksaan Woodlands semalam, orang ramai yang menaiki bas khusus bagi VTL (Darat) untuk memasuki Singapura dari Johor Bahru perlu beratur bagi membolehkan pegawai ICA memeriksa dokumen mereka selepas mereka tiba di pusat pemeriksaan itu.



Kemudian, mereka menjalani pemeriksaan imigresen sebelum menaiki semula bas yang akan membawa mereka ke Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands atau Terminal Bas Queen Street, bergantung pada bas yang mereka naiki.



Hingga 1,440 warga dan penduduk tetap (PR) Singapura serta mereka yang mempunyai pas jangka panjang di negara ini boleh memasuki negara ini dari Johor Bahru setiap hari dengan menggunakan khidmat bas tertentu.



Dalam fasa pertama VTL (Darat), penumpang perlu menaiki bas VTL yang dikhususkan, Transtar Travel dan Handal Indah (juga dikenali sebagai Causeway Link), yang akan mengendalikan 64 perkhidmatan setiap hari secara keseluruhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >